Tuesday, September 29, 2009

PESANAN IMAM AL-GHAZALI

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Sunday, September 20, 2009

RINGKASAN KHUTBAH RAYA AIDILFITRI-1 SYAWAL 1430H

Salam lebaran untuk semua muslimin dan muslimat. Alahamdulillah, semua umat islam di seluruh dunia menyambut 1 syawal.AYUH!kita sambut bulan syawal ini dengan penuh rasa kesyukuran kepada penciptaNya.semoga Allah menerima semua ibadah kita di bulan Ramadhan dan ia menjadi satu latihan kepada kita untuk terus istiqamah di bulan-bulan lain. Semoga kita dapat bertemu kembali ramadhan akan datang. Banyak perkara-perkara sunat yang dapat kita lakukan di pagi raya.Antaranya, sunat menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya, kerana ia adalah perkara yang paling penting dan utama dalam kita menyambut Hari Raya daripada perkara-perkara sunat yang lain.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam riwayat Al-Imam Al-Bukhari maksudnya:

"Dari Al-Bara' bin 'Azib ia berkata: Sabda Nabi s.a.w, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah sembahyang."

Seperti setiap tahun, saya dan juga keluarga akan ke surau berhampiran rumah untuk melakukan solat sunat hari raya. Tahun ini solat sunat hari raya dijalankan tepat jam 9 pagi.Alhamdulillah, ramai jemaah yang hadir, penuh surau sampai ada yang solat di luar. saya dan mak dapar sof belakang sekali kerana datang agak lewat sedikit ke surau tapi masih berpeluang untuk melakukan ibadah sunat ini.

Selesai solat sunat hari raya, imam membacakan khutbah hari raya diantara salah satu rukun bagi solat sunat hari raya. berbeza dengan solat jumaat, khutbah dibacakan sebelum menunaikan solat jumaat. isi khutbah yang dibacakan oleh imam benar-benar menyentuh hati saya. sedikit sebanyak ia membuatkan saya untuk bermuhasabah diri dan merenung kembali hakikat dan tujuan sebenar Allah s.w.t menjadikan kita di muka bumi. Sedikit pengisian dan ringkasan khutbah hari raya yang ingin saya kongsikan di sini.

RINGKASAN KHUTBAH HARI RAYA

Allah menyediakan peraturan kepada kita demi untuk keselamatan di dunia dan di akhirat dan kita wajib mematuhinya. Terdapat dua peringkat peraturan (sunnatullah) yang telah ditetapkan oleh Allah iaitu karhan dan tau'an.

Peringkat karhan:
Karhan adalah satu peraturan yang dijadikan Allah kepada manusia dan kita mesti menerimanya. sekiranya kita menolak akan mendatangkan kemusnahan. Sunnatullah itu seperti manusia sudah ditetapakan untuk bernafas dengan oksigen. jika kita gantikan oksigen dengan air manusia akan mati. contoh lain seperti, berjalan menggunakan kaki, melihat dengan mata, mendengar dengan telinga. jika ditukar, kita akan binasa.

Firman Allah dalam surah Ar Ra'd ayat 15 yang membawa maksud;


"dan kepada Allah jualah sekalian makhluk Yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada Dengan sukarela atau Dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang."

Peringkat tauan:
Di peringkat ini pula, manusia tidak dipaksa untuk menerimanya.Manusia yang ingin selamat mestilah menyembah Allah dan meninggalkan larangannya. melaksanakan peraturan seperti solat, menutup aurat berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan lain-lain ibadah lagi. tapi apa yang kita lihat masa kini, ramai yang tidak mengikut dan menolak peraturan ini.

Banyak lagi yang disentuh di dalam khutbah raya seperti wabak H1N1 yang melanda hampir semua negara. Bala ini adalah ujian ALLAH kepada manusia yang membuat dosa supaya kembali kapadaNya.

Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 155 yang membawa maksud;

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar"

Kesimpulan dari khutbah:

1. Segala perbuatan dan tindak tanduk kita mestilah untuk mendapat keredhaan Allah.

2. Ramadhan adalah bulan mengumpul bekalan untuk perjalanan hidup bagi 11 bulan mendatang.

3. Hawa nafsu dapat boleh ditewaskan dengan mengingati ALLAH.

4. Syawal adalah bulan kemenangan dan membina silaturrahim sesama umat islam.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN

UNTUKMU WANITA

waniTa solehah

yang melindungi diri dan
hatinya dengan malu,
Yang menabur kesopanan
setiap penjuru,
Yang merendah suaranya,
yang seNtiasa ceKal dan taBAh
hatinYa,
yaNg tidak patah semangat wajanya,
yang memenuhkan hatinya
dengankeinsafan,
yang mengosongkan kalbunya
dengan dendam,
yang menyemarakkan kasturi
di kelompok iman...
Dipandang dari peribadinya,
dilihat dari akhlaknya,
dinilai dari kesabarannya,
DitinJau dari sifat keibuannya,
ALLAH dibesarkan dalam solatnya,
Puasa dijadikan tradisi,
Al-Quran menjadi hiburan dan akhbarnya,
jiHad menjadi
gelanggangnya...