Sunday, November 14, 2010

UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA..=)


teringat kata-kata sahabat saya "kalau kita berkawan kerana ALLAH, tiada perasaan iri hati, cemburu dan hasad dengki dengan apa yang dia ada.kita akan sentiasa rasa tenang bila bersama dia."

benar katanya. bukan mudah untuk mendapat kawan yang baik. yang memahami dan menerima kita seadanya. usrah mengajar aku erti ukhwah yang sebenar. tarbiyah yang aku terima, memberi impak pada diri bahawa hidup untuk memberi.

tinggal beberapa hari untuk bersama dengan housemateku, syikin. cuti sekolah dah nak mula. pasti terasa rindu saat makan bersama, tidur bersama dan solat berjemaah bersama. susah senang kita bersama.terima kasih sahabat. saat aku sedih,ketawa dan gembira.engkau hadir bersama. indahnya ukhwah ini. moga ikatan ini berkekalam hingga ke syurga.buat sahabat2 DL2, aku amat merindui kalian.tidak pernah melupakan kalian.semoga dapat bertemu lagi.=)