Showing posts with label usrah dan DL2. Show all posts
Showing posts with label usrah dan DL2. Show all posts

Sunday, November 14, 2010

UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA..=)


teringat kata-kata sahabat saya "kalau kita berkawan kerana ALLAH, tiada perasaan iri hati, cemburu dan hasad dengki dengan apa yang dia ada.kita akan sentiasa rasa tenang bila bersama dia."

benar katanya. bukan mudah untuk mendapat kawan yang baik. yang memahami dan menerima kita seadanya. usrah mengajar aku erti ukhwah yang sebenar. tarbiyah yang aku terima, memberi impak pada diri bahawa hidup untuk memberi.

tinggal beberapa hari untuk bersama dengan housemateku, syikin. cuti sekolah dah nak mula. pasti terasa rindu saat makan bersama, tidur bersama dan solat berjemaah bersama. susah senang kita bersama.terima kasih sahabat. saat aku sedih,ketawa dan gembira.engkau hadir bersama. indahnya ukhwah ini. moga ikatan ini berkekalam hingga ke syurga.buat sahabat2 DL2, aku amat merindui kalian.tidak pernah melupakan kalian.semoga dapat bertemu lagi.=)



Friday, December 25, 2009

SURAH LUQMAN:28-34 : kekuasaan dan ilmu ALLAH serta takdirNYA...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, dengan takdir ALLAH, saya berkesempatan dapat ikut usrah di rumah makcik Zan di Taiping sebelum berangkat ke Negeri Sembilan minggu depan, insyaALLAH..

InsyaALLAH, saya teruskan perkongsian usrah yang lepas ya..usrah yang lepas kami tadabbur surah luqman dari ayat 28-34..(31:28-34).mari kita tengok terjemahan ayat2 tersebut..

Terjemahan ayat:

28. (bagi Allah Yang Maha kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

29. tidakkah Engkau memerhatikan Bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa Yang telah ditetapkan. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan.

30. Bersifatnya Allah Dengan penuh kekuasaan dan Luas ilmu pengetahuan itu kerana bahawasanya Allah Dia lah sahaja Tuhan Yang sebenar-benarnya, dan Bahawa Segala Yang mereka sembah selain dari Allah adalah palsu belaka. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha tinggi keadaannya, lagi Maha besar (kekuasaanNya).

31. tidakkah Engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut Dengan nikmat kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan Bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) Yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.

32. dan (orang-orang Yang tidak bersifat demikian) apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak Yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah Dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadanya semata-mata. kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka Yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya). dan sememangnya tiada Yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang Yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi.

33. Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) Yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan Anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan Yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.

34. Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan Yang tepat tentang hari kiamat. dan Dia lah jua Yang menurunkan hujan, dan Yang mengetahui Dengan sebenar-benarnya tentang apa Yang ada Dalam rahim (ibu Yang mengandung). dan tiada seseorang pun Yang betul mengetahui apa Yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun Yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuanNya.

Perbincangan ayat:

Keseluruhan ayat di atas menceritakan tentang kekuasaan, ilmu dan kebijaksanaan ALLAH. Setiap apa yang berlaku telah ditetapkan oleh ALLAH. Dia yang ,Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana..

Ayat 33

ayat ini menjelaskan gambaran yang akan berlaku pada Hari Kiamat. Pada hari itu, digambarkan manusia akan sendiri-sendiri disana nanti. Masing2 dgn amal yang dibawa..manusia tidak akan terlepas dari azab dosa masing-masing. Tiada siapa yang dapat membantu dan menyelamatkan kita melainkan amal soleh yang kita lakukan di dunia. Ibarat seperti dunia adalah tempat kita menanam pokok dan buahnya adalah di akhirat nanti. Jika kita mengharapkan buah atau hasil yang baik, kita perlu menjaga pokok itu dgn sebaiknya. Ia perlu dibaja, disemai dan diberi nutrien yang cukup untuk mendapatkan hasil yang baik. Hah! Nk buah yang baik, kita perlu berusaha untuk jadikan pokok itu baik kan. Begitulah analoginya. Hidup di dunia ini bukan sahaja fokus kepada solat, zikir, puasa dan wirid. Tetapi ibadah itu luas. Kita perlu berusaha untuk mencari Ilmu yang bermanfaat, harta yang halal, isteri yang soleh, anak yang soleh dan badan yang sihat.

Ayat 34

ayat ini menjelaskan mengenai ilmu ALLAH yang sangat luas. Jika kita lihat dalam ayat ini diterangkan tentang ilmu Allah mengenai perkara2 ghaib dan kita wajib percaya kepada perkara-perkara ghaib yang hanya diketahui oleh ALLAH sahaja. 5 perkara yg disentuh di dalam ayat ini dan ia hanyalah dlm pengetahuan ALLAH s.w.t:

1. Hari Kiamat

Kita telah belajar bagaimana gambaran mengenai hari kiamat, tanda2 kecil dan besar ttg kejadian hari kiamat itu. Tetapi bilakah akan berlaku hari kiamat? Itu hanya diketahui oleh ALLAH. Hanya ALLAH sahaja yang berkuasa menentukan bila akan berlakunya hari kiamat..kita perlu yakin dan percaya bahawa hari kiamat itu akan berlaku.

2. Turunya hujan

Turunya hujan telah ditetapkan oleh ALLAH. Kita tidak tahu bila turunnya hujan. Kadang2 bila kita lihat langit gelap, guruh berbunyi.tetapi ia belum tentu lagi hujan akan turun. ALLAH yang berkuasa untuk menurunkan hujan dan bila ia akan turun..

3. Apa yang ada dalam rahim ibu mengandung.

Kejadian dalam ibu bukan tidak sahaja merujuk kepada kejadian bayi. Tetapi ia merangkumi apa yang berlaku dan akan berlaku kelak. Kadang2 kita tak menjangka anak yang dikandung hampir 8 bulan, meninggal dunia jika dizinkan oleh ALLAH. Kita tidak dapat menjangka apa yang berlaku.

4. Apa yang akan berlaku pada hari esok..

Kadang2 kita merancang apa yang akan kita lakukan pada hari esok. Tetapi apa yang kita rancangkan tidak akan berlaku tanpa izin dari ALLAH. Kita sering mendengar, perangcangan Allah itu adalh lebih tepat. Hanya Dia yang tahu apa yang akan berlaku sama ada baik atau buruk.

5. Bila dan dimana kita akan mati.

Ajal maut ditentukan oleh ALLAH. Kita juga tidak tahu bila dan di mana kita akan menemui ajal. Mungkin hari ini, esok atau lusa?

Kedua-dua ayat di atas dapat kita kaitkan dengan kepentingan beriman kepada Hari Akhirat dan Qadar:

Apakah kepentingan beriman kepada hari Akhirat?

1. Sesiapa yang tidak beriman kepada hari Akhirat akan hidup di dunia seperti haiwan. Beriman kepada hari Akhirat membuatkan kita sedar akan tujuan dan hikmah ALLAH menjadikan kita. Kita akan menyedari setiap apa yang kita lakukan hanya kerana ALLAH. Contohnya, harta yang dikumpul. Bagi org yang beriman kepada hari akhirat, dia akan menggunakan harta itu di jalan yang benar dan diredhai ALLAH.

2. Org mukmin yang percaya kpd hari akhirat sedar akan kehidupan di dunia adlh permulaan untuk kehidupan lain yang akan dilalui selepas mati. Dia akan berlumba-lumba untuk membuat kebaikan dan sentiasa membuat amal soleh di dunia sebagai bekalan di akhirat kelak.

3. Orang mukmin yang percaya kpd hari akhirat akan menyekat kita dari melakukan perkara2 yang dimurkai Allah.

Apakah kepentingan beriman kepada takdir?

Setiap apa yang berlaku adalah takdir ALLAH. Takdir Allah ada yang bermanfaat kepada manusia seperti makanan, minuman, kesihatan, dan keamanan dan ada yang memudaratkan kepada manusia seperti lapar, dahaga, letih, takut dan sakit. Kita wajib beriman kepada takdir ALLAH buruk dan baik ini. Apa kesannya bagi org2 yang beriman kepada takdir baik dan buruk ini:

1. Menjadikan seseorg itu tidak takut kpd kpd sesiapa pun kerana kita yakin setiap apa yang berlaku telah ditetapkan oleh ALLAH.

2. Seseorg mukmin yang berpegang kepada takdir yang bersebab menyedari bahawa semua perkara akan berbalik kepada Yang Maha Pencipta. Contohnya, kematian ahli keluarga dan insan yang kita sayang. DIA yang menciptakan kita dan kepada DIA kita kembali. Ada satu doa yang dianjurkan oleh Rasulullah kpd kita apabila berlaku sesuatu musibah..

“Ya Allah, berikanlah kepadaku redha dengan apa yang telah ditetapkan olehMU dan gantikanlah ia dengan yang lebih baik..”


Saya nak bawa satu kisah mengenai Ummu Sulaim, seorang wanita yang tabah dan sabar menghadapi ujian dr ALLAH…

Allah memuliakan seorang anak laki-laki kepada pasangan berbahagia Ummu Sulaim dan Abu Talhah dan diberi nama Abu Umair. Suatu kali burung kesayangan Abu Umair mati sehingga Abu Umair menangis dengan sedih. Saat itu lawatlah Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam di hadapannya. Melihat kesedihan Abu Umair, Rasulullah segera menghibur dan bertanya, "Wahai Abu Umair apa gerangan yang diperbuat oleh burung kecil?"

Namun takdir Allah memang tak mampu diduga. Allah subhanahu wa ta’ala kembali ingin menguji kesabaran pasangan sabar ini. Tiba-tiba saja, anak kesayangan mereka Abu Umair jatuh sakit sehingga ayah dan ibunya dibuat cemas dan risau. Padahal ia adalah putra kesayangan Abu Thalhah. Jika ia pulang dari pasar, yang pertama kali ditanyakan adalah kesehatan dan keadaan putranya dan ia belum merasa tenang bila belum melihatnya. Tepat pada waktu sholat, Abu Thalhah pergi ke masjid. Tak lama setelah kepergiannya, putranya Abu Umair menghembuskan nafas terakhir.

Ummu Sulaim memang seorang ibu mukminah yang sabar. Ia menerima peristiwa itu dengan sabar dan tenang. Ummu Sulaim lantas menidurkan putranya di atas kasur dan berucap berulang-ulang, "Innaa lillahi wa inna ilaihi rrji’un." Dengan suara berbisik ia berkata kepada sanak keluarganya, "Jangan sekali-kali kalian memberitahukan perihal putranya pada Abu Thalhah sampai aku sendiri yang memberitahunya."

Sekembalinya Abu Thalhah, alhamdulillah, air mata kesayangan Ummu Sulaim telah kering. Ia menyambut kedatangan suaminya dan siap menjawab pertanyaannya.

"Bagaimana keadaan putraku sekarang?"

"Dia lebih tenang dari biasanya." Jawab Ummu Sulaim dengan wajar.

Abu Thalhah merasa begitu letih hingga tak ada keinginan menjenguk putranya. Namun hatinya turut berbunga-bunga mengira putranya dalam keadaan sehat wal’afiat. Ummu Sulaim pun menjamu suaminya dengan hidangan yang istimewa dan berdandan serta berhias dengan wangi-wangian, membuat Abu Thalhah tertarik dan mengajaknya tidur bersama.

Setelah suaminya terlelap, Ummu Sulaim memuji kepada Allah kerana berhasil mententeramkan suaminya perihal putranya, kerana ia menyedari Abu Thalhah telah mengalami keletihan seharian, sehingga ia membiarkan suaminya tertidur lena.

Menjelang subuh, baru Ummu Sulaim berbicara pada suaminya, seraya bertanya, "Wahai Abu Thalhah apa pendapatmu bila ada sekelompok orang meminjamkan barang kepada tetangganya lantas ia meminta kembali haknya. Pantaskan jika si peminjam enggan mengembalikannya?"

"Tidak," jawab Abu Thalhah.

"Bagaimana jika si peminjam enggan mengembalikannya setelah menggunakannya?" "Wah, mereka benar-benar tidak waras," Abu Thalhah menukas.

"Demikian pula putramu. Allah meminjamkannya pada kita dan pemiliknya telah mengambilnya kembali. Relakanlah ia," kata Ummu Sulaim dengan tenang. Pada mulanya Abu Thalhah marah dan membentak, "Kenapa baru sekarang kau beritahu, dan membiarkan aku hingga aku ternoda (berhadas karena berhubungan suami istri)?"

Dengan rasa tabah Ummu Sulaim tak henti-henti mengingatkan suaminya hingga ia kembali istirja dan memuji Allah dengan hati yang tenang.

Pagi-pagi buta sebelum cahaya matahari kelihatan penuh, Abu Thalhah menjumpai Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam dan menceritakan kejadian itu. Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam pun bersabda, "Semoga Allah subhanahu wa ta’ala memberikan barakah pada malam pengantin kalian berdua."

Benar saja Ummu Sulaim lantas mengandung lagi dan melahirkan seorang anak yang diberi nama Abdullah bin Thalhah oleh Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam. Dan subhanallah barakahnya ternyata tak hanya sampai di situ. Abdullah kelak di kemudian hari memiliki tujuh orang putra yang semuanya hafizhul Qur’an. Keutamaan Ummu Sulaim tidak hanya itu, Allah subhanahu wa ta’ala juga pernah menurunkan ayat untuk pasangan suami istri itu dikarenakan suatu peristiwa. Sampai Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam menggembirakannya dengan janji syurga dalam sabdanya

"Aku memasuki surga dan aku mendengar jalannya seseorang. Lantas aku bertanya "Siapakah ini?" Penghuni syurga spontan menjawab "Ini adalah Rumaisha binti Milhan, ibu Anas bin Malik."

Thursday, November 19, 2009

EMEL DARI UMMI SHI-USRAH DL2

Salam alaikunna ya akhawati,

Apa kabar semua hari ni? Semoga semuanya dikurniakan nikmat kesihatan dari Allah s.w.t. Ada yang xsihat? Maklum la lately hari hujan je. Mudah kena penyakit dalam keadaan sejuk-sejuk ni. Lagi-lagi akhawat semua kurus-kurus belaka. hehe. Minggu ni ada 3 orang yang akan recap usrah last week. And hopefully sesiapa yang ada tambahan ilmu, sila-sila la reply pada semua. Baru la ada kesinambungan ilmu. Betul tak? hehe...

Tarikh: 15 November 2009
Tempat: Rumah Ummi Shi
Waktu: 12.30 tghari - 4 ptg
Tentatif: Lunch nasi ayam yang dibuat oleh Ummi Shi dan umminya.
Sambutan ulang tahun kelahiran ukht Mas yang ke21. Semoga Allah panjangkan umur ukht Mas dalam kebaikan dan dimurahkan rezeki.
Solat Zohor berjemaah
Usrah begin...
Solat Asar berjemaah
Sesi bertemu akh anas=)
Bersurai...

1. Sharing from ukht Noni - 3 golongan selepas hijrah

i - Golongan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. a.k.a. orang-orang Islam (Ansar dan Muhajirin):
- pengikut setia Nabi s.a.w. dan yang beriman kepada Allah
- pada waktu itu masih berlaku pengusiran dari tempat tinggal terhadap orang Islam.

ii - Golongan musyrik:
- golongan yang tidak beriman kepada Allah
- menyimpan hasad dengki kepada Nabi s.a.w. dan umat Islam
- sifat-sifat golongan musyrikin yg disebutkan di dalam al Quran ;

3:167 - Dan juga dengan tujuan Ia hendak melahirkan dengan nyata akan dikatakan kepada mereka: "Marilah berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), atau pertahankanlah (diri, keluarga dan harta benda kamu)". Mereka menjawab: "Kalaulah kami faham ada peperangan (dengan sebenar-benarnya), tentulah kami mengikut kamu (turut berperang)". Mereka ketika (mengeluarkan perkataan) itu lebih dekat kepada kufur dari dekatnya kepada iman. Mereka selalu menyebut dengan mulutnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan.


ii - Golongan Yahudi
- untuk pengetahuan semua, org yahudi ni telah menetap di madinah sejak 2nd century lagi. This is based on wikipedia (http://en.wikipedia.org/wiki/Medina). Not sure whether reliable or not.

Jewish tribes

Jews arrived in the city in the 2nd century CE in the wake of the Jewish–Roman wars. There were three prominent Jewish tribes which had inhabited the city till the 7th century CE: the Banu Qaynuqa, the Banu Qurayza, and Banu Nadir.[4] Ibn Khordadbeh later reported that during the Persian Empire's domination in Hejaz, the Banu Qurayza served as tax collectors for the shah.


The situation changed after the arrival from Yemen of two Arab tribes named Banu Aus (Banu Aws) and Banu Khazraj. At first, these tribes were clients of the Jews, but later they revolted and became independent.[6] Toward the end of the 5th century[7], the Jews lost control of the city to Banu Aus and Banu Khazraj. The Jewish Encyclopedia states that they did so "By calling in outside assistance and treacherously massacring at a banquet the principal Jews" Banu Aus and Banu Khazraj finally gained the upper hand at Medina.

- And orang yahudi ni diumpamakan Allah seperti dalam Quran 62:5 - bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.


Apa yang kita boleh summarizekan di sini ialah sama seperti zaman Rasulullah s.a.w. dahulu, dalam proses berdakwah kita juga akan berhadapan dengan golongan-golongan ini. Memandangkan tugas kita sebagai 'abid dan khalifah ialah menyeru seluruh umat manusia untuk menyembah dan patuh pada Tuhan yang satu, kita perlu kenal sifat-sifat mereka. Contohnya seperti yang jelas hari ini, orang Yahudi ni memang pandai memutar belitkan fakta dan merasakan merekalah kaum yang suci dan agung.

2. Bacaan surah az Zumar ayat 53 - 74

Secara kesuluruhannya, ayat-ayat ini menceritakan tentang keadaan pada hari kiamat. Ayat yang ingin distresskan ialah ayat 71 hingga 74. Jom kita tengok ayat ni:

39:71 - Dan orang-orang kafir akan diseret ke neraka Jahannam dengan berombong-rombongan, sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?" Mereka menjawab: "Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir.

39:72 - (Setelah itu) dikatakan kepada mereka: "Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah neraka Jahannam.

39:73 - Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berombong-rombongan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk) -

39:74 - Serta mereka berkata:" Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menepati janjiNya kepada kami, dan yang menjadikan kami mewarisi Syurga ini dengan sebebas-bebasnya, kami boleh mengambil tempat dari Syurga ini di mana sahaja kami sukai; maka pemberian yang demikian ialah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal".

Apa yang cuba disampaikan disini ialah perbandingan layanan kepada ahli neraka dengan ahli syurga. Ahli neraka 'diseret' masuk ke jahannam sedangkan ahli syurga dibawa masuk dengan segala hormatnya. Dapat tak kita bayangkan betapa indahnya perasaan dipelawa dan dialu-alukan masuk ke dalam syurga. Bahkan secara rombongan.

Analoginya gini la. Kita semua akhawat DL2 one day buat satu rombongan ke sebuah taman. Tiba je di hadapan taman tersebut, kita semua dijemput masuk ke dalam taman yang saaaangat indah sambil disambut dengan penuh mesra oleh bidadari/bidadara yang cantik2/handsome2. And kita kekal hidup bahagia di dalam taman tersebut selama-lamanya. Boleh bayangkan tak? hehe... Perasaan yang sangat indah bila membayangkan waktu tu. Semoga kita semua dimasukkan ke syurga bersama-sama dan kekal bahagia di dalamnya. Ameen...

Kalau diperhatikan ayat 71 -74 ni, pada awalnya Allah takutkan kita dengan bayangan neraka. Gerun rasanya. Apatah lagi untuk orang seperti kita yang dah dengar and insyaAllah faham isi kandungan ISK and SH. Betapa beratnya siksaan kita sebagai ummatan wasato kan kalau kita tak menyampaikan penyaksian kebenaran? Dan kemudiannya Allah memujuk kita dengan keindahan syurga. Cantikkan susunan ayat Allah ni? Memujuk kita dengan balasan syurga setelah kita berusaha menjalankan tanggungjawab kita sebagai 'abid dan khalifah di dunia.

Sunday, November 15, 2009

KEJUTAN DARI AKHAWAT DL2..=)

Bismillahirrohmanirrohim..

Alhamdulillah..laptop dah kembali dari melaka.lepas ni, tak berengang la dgn laptop ni. tak blh nak buat keje lain la jawabnya.hehe.tapi, apa yang penting manfaatkan ia dengan sebaik mungkin.insyaALLAH..

Semalam,hari yang begitu istimewa tidak seperti hari-hari minggu yang lain. lepas selesai mengajar semalam lebih kurang jam 3, saya dapat panggilan dari naqibah shi atau skrg kami pnggil dia ummi shi..=) mulanya ingatkan dia just nk tanya kabar. tapi rupa2nya dia ajak join usrah. usrah melalui telefon..wah, seronok sgt.dah lama sgt tak dapat join usrah. walaupun agak susah sikit nak ckp mll telefon tapi sedikit sebanyak, dapat juga tadabbur dgn akhawat DL2...Alahamdulillah, semalam kami sempat tadabbur surah az zumar ayat 53-74..(39-74)

Surah Az-Zumar telah diturunkan di Mekah dan mengandungi 75 ayat. Az-Zumar bermaksud kumpulan manusia yang berpasuk-pasuk merujuk kepada ayat yang ke-71 hingga ke-73 yang memerihalkan berkenaan orang-orang beriman dan kafir yang dibawa untuk menerima balasan masing-masing.


Ayat yang dibincangkan atau pokok utama di dalam usrah semalam ayat 71-75. mari kita lihat tafsiran ayat-ayat tersebut..

71. dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka jahannam Dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, Yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan Memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?" mereka menjawab: "Ya, telah datang! tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang Yang kafir.

72. (setelah itu) dikatakan kepada mereka: "Masukilah pintu-pintu neraka jahannam itu Dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang Yang sombong takbur ialah neraka jahannam.

73. dan orang-orang Yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga Dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga Yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka Dengan kata-kata:" salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke Dalam syurga ini Dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (Mereka pun masuk)

74. serta mereka berkata:" Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah menepati janjinya kepada kami, dan Yang menjadikan Kami mewarisi bumi syurga ini Dengan sebebas-bebasnya, Kami boleh mengambil tempat dari syurga ini di mana sahaja Kami sukai; maka pemberian Yang demikian ialah sebaik-baik balasan bagi orang-orang Yang beramal"

PERBINCANGAN AYAT:

Terdapat dua bahagian dalam ayat 71 hingga 74. Di dalam ayat-ayat tersebut ALLAH membezakan dua golongan yang akan dimasukkan ke dalam neraka dan syurga.

1. Bahagian pertama diantara ayat 71 dan 72.

Di dalam ayat 71 dan 72, Allah telah menggambarkan golongan orang kafir yang akan diseret ke dalam neraka. mereka akan diseret hingga ke pintu neraka dan dibukakan pintu oleh penjaga2 neraka.(agak2nya, macam la muka penjaga neraka tu kan?mesti sgt bengis atau mengerunkan). Mereka adalah manusia yang tidak percaya kepada Allah, Rasul, malaikat dan kitab-kitabNya.Mereka sendiri telah mengaku mendapat peringatan dari Rasul-rasul terdahulu tetapi tetap ingkar dan tidak mahu beriman kepada ALLAH. Mereka akan menerima balasan yang amat pedih dan hidup kekal di dalam neraka.(mahukah kita menjadi seperti mereka?)
2. Bahagian kedua diantara ayat 73 dan 74.

Di dalam ayat 73 dan 74 pula, ALLAH menggambarkan golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh yang akan dihantar ke syurga. kedatangan mereka disambut oleh penjaga-penjaga pintu syurga. (kali ni, kita mestii boleh agak macam mana rupa penjaga pintu syurga pulak kan?:-) mereka akan menikmati segala nikmat yang terdapat di dalam syurga. bagaimana pula keadaan mereka?mereka adalah ornag-orang yang percaya kepada ALLAH, RASUL, MALAIKAT dan juga kitab-kitabNya. mereka mengamalkan segala suruhan ALLAH dan meninggalkan segala laranganNya.Di dalam Al- Quran, ALLAH telah berjanji kepada orang-orang yang berimana dalam firmanNya:

(Dan mengutus) seorang Rasul yang membacakan kepadamu ayat-ayat Allah yang menerangkan (bermacam-macam hukum) supaya Dia mengeluarkan orang-orang yang beriman dan beramal saleh dari kegelapan kepada cahaya. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan mengerjakan amal yang saleh niscaya Allah akan memasukkannya ke dalam surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah memberikan rezeki yang baik kepadanya.” (Ath Thalaaq:11)

Jelaslah, di dalam Al-Quran ALLAH telah memberi gambaran bagaimanakah ciri-ciri penghuni neraka dan syurga. yang mana pilihan kita?tentulah kita akan memilih syurga.Kitab suci ini terkandung pelbagai ilmu dan pengajaran yang boleh kita ambil sebagai panduan untuk jalani kehidupan seharian sebagai seorang muslim. Di dalam buku langit ilahi karya Hilal Asyraf, kita perlu ambil mengambil pengajaran dan iktibar daripada kisah kaum-kaum yang derhaka kepada Allah untuk dijadikan pengajran kepada kita. Jika kita lihat, ALLAH telah menurunkan azab dan balasan di atas setiap perbuatan mereka. contohnya, kaum yang mendapat balasan Allah dari surah al Qasas ayat 44 hingga 47.

"dan Engkau (Wahai Muhammad) tidak ada di sebelah barat (tempat Nabi Musa menerima wahyu) ketika Kami sempurnakan penyerahan Kitab Taurat kepadaNya, dan Engkau juga tidak termasuk Dalam golongan Yang menyaksikan peristiwa itu." (Al-Qasas:44) "akan tetapi (engkau hanya mengetahui kisah itu Dengan jalan Kami memberi wahyu kenabian kepadamu disebabkan) Kami telah mengadakan beberapa umat (dari zaman Nabi Musa hingga ke zamanmu) sampai berlanjutanlah masa Yang mereka lalui (serta kucar-kacirlah ugama Yang mereka anuti). dan Engkau pula tidak pernah tinggal bersama-sama penduduk negeri Madyan membaca dan mempelajari dari mereka ayat-ayat keterangan Kami (tentang hal Nabi Musa di sana), tetapi Kamilah Yang mengutusmu (menjadi Rasul dan memberi wahyu kepadamu mengenai hal itu)." (Al-Qasas:45)

"dan Engkau juga tidak berada dekat Gunung Tursina ketika Kami menyeru (Nabi Musa dan memberi wahyu kepadanya dahulu), tetapi (diturunkan) rahmat (Al-Quran) dari Tuhanmu (menerangkan kisah itu) supaya Engkau memberi amaran kepada kaum (mu) Yang telah lama tidak didatangi sebarang Rasul pemberi amaran sebelummu, semoga mereka beroleh pengajaran (serta insaf mematuhinya)." (Al-Qasas:46)

"dan kalau tidaklah orang-orang musyrik itu akan berkata - semasa mereka ditimpa bala bencana disebabkan perbuatan kufur dan maksiat Yang mereka lakukan: "Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau tidak mengutuskan kepada Kami seorang Rasul supaya Kami menurut ayat-ayat keteranganMu (yang dibawanya), dan supaya Kami menjadi dari orang-orang Yang beriman, " (tentulah Engkau Wahai Muhammad tidak diutuskan kepada mereka, bahkan Kami terus menyeksa mereka)" (Al-Qasas:47)

Bagaimana kita? mahukah kita mengikut kehidupan mereka?tepuk dada, tanya iman. setiap amal perbuatan kita bergantung kepada iman kita sendiri. jika molek iman kita, maka baiklah segala perbuatan kita. teringat kepada sebuah hadith yang berbunyi,

"KETAHUILAH BAHAWA DALAM SETIAP JASAD ITU ADA SEKETUL DAGING YANG APABILA IA BAIK, MAKA BAIKLAH SELURUH JASAD. KETAHUILAH IA ADALAH HATI"...

(HADITH KE -6, HADITH 40 AN-NAWAWI)

semoga setiap amal kita diterima oleh ALLAH..

p/s: jazakumullahu khairan kathira buat akhawat DL2.insyaALLAH, kita jumpa masa daurah nnt.,moga sentiasa dalam redha ALLAH.

fastabiqul khairat (2:148)

EMEL DARI NAD- USRAH DL2

Assalamu'alaikum WBT..

Salam sayang buat semua akhawat yg dirindui selalu..
Sedikit info berkaitan Usrah minggu lepas:
Tarikh : 08.11.2009
Masa : 12.00 tengah hari - 4.00pm
Tempat: Surau KPS, UM
Kehadiran: Ummi Shi, Kak Ct, Mas, Ain, Mumtaz, Dija & Nad (^^,)

Aktiviti:
1) Sesi melepaskan rindu
2) Pengisian perut
3) Solat Zohor berjemaah
4) Pengisian rohani- (a) Tadabbur : As-Syura (16-44)
- (b) Tafsir : Al-Ikhlas (1-4)
5) Penutup: Tasbih Kafarah & Al-'Asr
6) Lucky Draw (ada nama lain yg lebih sesuai x? macam x best je kan nama tu?)
7) Solat Asar berjemaah
9) Bersurai bersama hati yang tenang insyaAllah..

Laporan:
1) Sesi melepaskan rindu
Sesi melepaskan rindu edisi special sempena kedatangan Nad yg dah lama x masuk usrah (hehe..special ke?)..Masing2 ceritakan perkembangan terkini diri masing2..( Seronok dengar cerita masing2..Maklumla dah lama x jumpa kan..Nanti masa daurah 21 & 22 x sabar pulak nak dengar cerita akhawat lain yg kat kg, yang dh lama x jumpa tu..hehe..Untuk makluman, Mokda akan datang ke sini pada 19hb di stesen Putra and Mun 21hb pagi sampai di KL Sentral..Akhawat lain yang ada kelapangan dan kemudahan bolehla jemput dorang ye.."FastabiQul Khairat!!...Peluang untuk berinfaq ni kan? "(Apa yg kamu infaqkan) adalah untuk orang2 fakir yg terhalang (usahanya kerana jihad) di jalan Allah, sehingga dia yg tidak dapat berusaha di bumi; (orang lain) yg tidak tahu, menyangka bahawa mereka adalah orang2 kaya kerana mereka menjaga diri (dari meminta-minta)" (2:273))

2) Pengisian perut
Pengisian perut di kelolakan oleh Ummi Shi..Sedap spagetti Shi masak..Maklumla dah jadi ummi kan?hee..(Mum makan paling banyak!hehe..Mumtaz jangan marah ye)

3) Solat Zohor berjemaah
Alhamdulillah dah terisi perut tadi.. Senaman pulak untuk membantu cepatkan penghadaman. Solat Zohor berjemaah. Imamnye adalah Kak Ct..Mudah-mudahan Allah perkenankan doa mereka semua..Ameeenn..

4) Pengisian rohani
(a) Tadabbur (As- Syura, 42:16-44)
Ingat x sebelum ni kita dah pernah tadabbur surah ni ayat 16-20..(X ingat??Haa...Cuba buka balik Tafsir tu, tengok mesti ada tanda2 highlight kaler kuning n pink..x pun garis2 ngn pen..Haa..Ade kan?..)
Tapi kali ni kita tadabbur lebih sikit daripada ayat hari tu. Ayat 16-44..
Kenapa ye Ummi Shi pilih ayat ni? Sebabnye untuk beri peringatan kepada 2 3 orang akhawat kita yg sedang demam exam tu ha.. Kenapa pulak? Haa.. Kejap lagi kita tengok ye.. TAPI, yang x demam exam pun tetap ada peringatan..Malah lebih2 lagi untuk yang sihat tu kan (Sape yg sihat tu? Yang x demam exam tulah maksudnya..)

As- Syura : 27
"Dan sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya nescaya mereka akan berbuat melampaui batas di bumi, tetapi Dia menurunkan dengan ukuran yang Dia kehendaki. Sungguh, Dia Maha Teliti terhadap (keadaan) hamba-hambaNya, Maha Melihat"
Haa..Ni lah peringatan kepada akhawat yg tengah demam exam.. Supaya dorang ingat bahawa Allah tentukan rezeki masing2 dengan ukuran yg Dia kehendaki kerana Dia Maha Teliti terhadap keadaan hamba2Nya..Allah tahu rezeki yang bagaimana yang hambaNya layak terima supaya hamba2Nya tidak melampaui batas di bumi..Apa pulak kaitan rezeki dgn akhawat yg tengah exam ni?Haa..Kaitannya adalah supaya para akhawat sekalian sentiasa ingat bahawa apa sahaja keputusan yg akan diterima kelak selepas telah berusaha sekeras2nya study adalah rezeki yg telah ditentukan Allah sejak kita di alam rahim lagi.. Dan jika keputusan yang diterima kurang memuaskan hati, maka ingatlah ayat ini "sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya nescaya mereka akan berbuat melampaui batas di bumi"...InsyaAllah akan tenang dan lapanglah hati kerana hidupnya rasa redha terhadap takdir Allah dan berimannya hati kpd Rukun Iman yg ke 5 iaitu Beriman Kepada Qada' dan Qadar... (Sape tau kan kalau Allah bagi keputusan spt yg kita harapkan tu kita akan jadi riak, sombong, angkuh, bangga diri, 'ujub.Na'uzubillah..Banyak betul kan sifat mazmumah ni..Dan mungkin jugak kalau Allah bagi spt yg kita nak tu kita x dapat kenal pasti kelemahan kita atau mana bahagian yg kita x master lagi..Bila Allah uji dgn sedikit kegagalan barulah kita tersedar kesilapan kita.Jadi kita boleh perbaiki diri kan? Alhamdulillah..)

As-Syura: 20
"Barangsiapa menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barangsiapa menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian darinya (keuntungan dunia), TETAPI dia tidak akan mendapat bahagian di akhirat"
Ada 2 golongan di sini kan..
1- Golongan yg memilih keuntungan di akhirat, Allah akan tambahkan keuntungan baginya (Ni bukan Nad cakap tau..Allah yang bagitau dalam ayat di atas)
2- Golongan yg memilih keuntungan di dunia, Allah akan bagi di dunia TAPI sebahagian sahaja dan xkan dapat lagi keuntungan tu di akhirat nanti..
Soalan biasa.. "Mana yang kita nak? Kita sendiri tentukan.Kita sendiri buat pilihan.."

As-Syura: 36
" Apapun (kenikmatan) yang diberikan kepadamu, maka itu adalah kesenangan hidup di dunia. Sedangkan apa (kenikmatan) yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang2 yg beriman, hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal"
Ayat 36 ni sokongan bagi ayat 20.Tengok, betapa Allah nak kita pilih jalan kebaikan tu, Dia bagitau banyak sangat keuntungan yg akan kita dapat dgn memilih jalan tu..Hanya terserah kpd kita, NAK KE X NAK.. ("Belum buat pilihan? InsyaAllah Nad rasa DL2 dah membuat pilihan..Kan2?)

Ni pulak, sedikit summary daripada Nad after buat sikit revision:

1- Ayat 18,20,22 & 26 (Perbandingan keadaan orang yg ingkar dgn orang yg beriman)
18: "Orang- orang yg tidak percaya adanya hari kiamat meminta agar hari itu segera terjadi, dan orang-orang yg beriman merasa takut kepadanya dan mereka yakin bahawa kiamat itu adalah benar (akan terjadi). Ketahuilah bahawa sesungguhnya orang-orang yg membantah tentang terjadinya kiamat itu benar2 telah tersesat jauh"
20: Seperti di atas
22: "Kamu akan melihat orang-orang zalim itu sangat ketakutan kerana (kejahatan2) yg telah mereka lakukan, dan (azab) menimpa mereka. Dan orang2 yg beriman dan mengerjakan kebajikan (berada) di dalam taman-taman syurga, mereka memperoleh apa yg mereka kehendaki di sisi Tuhan.."(Siapakah yg tergolong dalam golongan orang2 yg zalim?Biasanya kita jumpa ayat tersebut ditujukan kepada orang kafir tetapi ayat ini ditujukan kpd orang zalim..Orang-orang Muslim juga boleh termasuk golongan orang yg zalim kan?Na'uzubillah, mintak kita dijauhkan...)
26: "dan Dia memperkenankan (doa) orang-orang yg beriman dan mengerjakan kebajikan serta menambah (pahala) kpd mereka dari kurniaNya. Orang-orang yg ingkar akan mendapat azab yg sangat keras"

Ayat 25, 30 & 34 (Allah Maha Pengampun)
25: "dan Dialah yg menerima taubat dari hamba2Nya dan memaafkan kesalahan2 dan mengetahui apa yg kamu kerjakan"
30: "dan musibah apa pun yg menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak ( dari kesalahan2mu)"(Allah sangatlah Maha Penyayang dan Maha Pengampun kan?..Betapalah banyaknya kesalahan2 kita tetapi masih ada kemaafan dari Dia..Sama2lah kita selalu memohon keampunanNya di atas segala dosa2 kita.Dia tidak pernah bosan mendengar permintaan kita, sehinggalah kita sendiri yg merasa bosan dgn amalan kita..)
34: "atau (Dia akan) menghancurkan kapal2 itu kerana perbuatan (dosa) mereka, dan Dia memaafkan banyak (dari mereka)

3- Ayat 29 & 32 (Tanda-tanda kebesaran Allah)
29: " Dan di antara tanda2 (kebesaran)Nya adalah penciptaan langit dan bumi dan makhluk2 yg melata yg Dia sebarkan pada keduanya..." (Allah lah yg mencipta semua makhluk yg ada di langit dan di bumi milikNya)
32: " Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah kapal2 (yg berlayar) di laut seperti gunung-gunung"

4- Ayat 36, 37, 38, 39 & 40 ( Orang2 yg mendapat nikmat dari sisi Allah)
36: "...kenikmatan yg ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang2 yg beriman dan hanya kpd Tuhan mereka bertawakkal,"
37: " dan juga bagi orang2 yg menjauhi dosa2 besar dan perbuatan2 keji dan apabila mereka marah segera memberi maaf,"
38: " dan bagi orang2 yg menerima (mematuhi) seruan Tuhan dan melaksanakan solat , sedang urusan mereka (diputuskan) dgn musyawarah antara mereka; dan mereka menginfaqkan sebahagian dr rezeki yg kami berikan kpd mereka,"
39: " dan (bagi) orang2 yg apabila mereka diperlakukan dgn zalim, mereka membela diri."
40: " dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yg setimpal, tetapi barangsiapa memaafkan dan berbuat baik (kpd orang yg berbuat jahat) maka pahalanya dr Allah"

5- Ayat 20 & 36 (tentang keuntungan di dunia & keuntungan di akhirat)

4) Pengisian rohani
(a) Tafsir Al-Ikhlas (112)
1: Katakanlah (Muhammad), "Dialah Allah, Yang Maha Esa"
(Allah itu Esa, bermakna Allah itu hanya satu..Kalau Allah itu ada lebih drp satu, hancur binasalah bumi ni kan? Sama macam kereta, kalau ada 2 driver, nanti sorang nak ke kanan dan sorang lagi nak ke kiri, ape jadi dgn kereta tu? Terbabas, hancur dan binasalah kan?)
2: Allah tempat meminta segala sesuatu
3: (Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan
(Allah itu tunggal, tak ada nasab keturunan)
4: dan tidak ada sesuatu yg setara dgn Dia