Alhamdulillah..laptop dah kembali dari melaka.lepas ni, tak berengang la dgn laptop ni. tak blh nak buat keje lain la jawabnya.hehe.tapi, apa yang penting manfaatkan ia dengan sebaik mungkin.insyaALLAH..
Semalam,hari yang begitu istimewa tidak seperti hari-hari minggu yang lain. lepas selesai mengajar semalam lebih kurang jam 3, saya dapat panggilan dari naqibah shi atau skrg kami pnggil dia ummi shi..=) mulanya ingatkan dia just nk tanya kabar. tapi rupa2nya dia ajak join usrah. usrah melalui telefon..wah, seronok sgt.dah lama sgt tak dapat join usrah. walaupun agak susah sikit nak ckp mll telefon tapi sedikit sebanyak, dapat juga tadabbur dgn akhawat DL2...Alahamdulillah, semalam kami sempat tadabbur surah az zumar ayat 53-74..(39-74)
Surah Az-Zumar telah diturunkan di Mekah dan mengandungi 75 ayat. Az-Zumar bermaksud kumpulan manusia yang berpasuk-pasuk merujuk kepada ayat yang ke-71 hingga ke-73 yang memerihalkan berkenaan orang-orang beriman dan kafir yang dibawa untuk menerima balasan masing-masing.
Ayat yang dibincangkan atau pokok utama di dalam usrah semalam ayat 71-75. mari kita lihat tafsiran ayat-ayat tersebut..
71. dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka jahannam Dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, Yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan Memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?" mereka menjawab: "Ya, telah datang! tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang Yang kafir.
72. (setelah itu) dikatakan kepada mereka: "Masukilah pintu-pintu neraka jahannam itu Dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang Yang sombong takbur ialah neraka jahannam.
73. dan orang-orang Yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga Dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga Yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka Dengan kata-kata:" salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke Dalam syurga ini Dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (Mereka pun masuk)
74. serta mereka berkata:" Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah menepati janjinya kepada kami, dan Yang menjadikan Kami mewarisi bumi syurga ini Dengan sebebas-bebasnya, Kami boleh mengambil tempat dari syurga ini di mana sahaja Kami sukai; maka pemberian Yang demikian ialah sebaik-baik balasan bagi orang-orang Yang beramal"
PERBINCANGAN AYAT:
Terdapat dua bahagian dalam ayat 71 hingga 74. Di dalam ayat-ayat tersebut ALLAH membezakan dua golongan yang akan dimasukkan ke dalam neraka dan syurga.
1. Bahagian pertama diantara ayat 71 dan 72.
Di dalam ayat 71 dan 72, Allah telah menggambarkan golongan orang kafir yang akan diseret ke dalam neraka. mereka akan diseret hingga ke pintu neraka dan dibukakan pintu oleh penjaga2 neraka.(agak2nya, macam la muka penjaga neraka tu kan?mesti sgt bengis atau mengerunkan). Mereka adalah manusia yang tidak percaya kepada Allah, Rasul, malaikat dan kitab-kitabNya.Mereka sendiri telah mengaku mendapat peringatan dari Rasul-rasul terdahulu tetapi tetap ingkar dan tidak mahu beriman kepada ALLAH. Mereka akan menerima balasan yang amat pedih dan hidup kekal di dalam neraka.(mahukah kita menjadi seperti mereka?)
2. Bahagian kedua diantara ayat 73 dan 74.
Di dalam ayat 73 dan 74 pula, ALLAH menggambarkan golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh yang akan dihantar ke syurga. kedatangan mereka disambut oleh penjaga-penjaga pintu syurga. (kali ni, kita mestii boleh agak macam mana rupa penjaga pintu syurga pulak kan?:-) mereka akan menikmati segala nikmat yang terdapat di dalam syurga. bagaimana pula keadaan mereka?mereka adalah ornag-orang yang percaya kepada ALLAH, RASUL, MALAIKAT dan juga kitab-kitabNya. mereka mengamalkan segala suruhan ALLAH dan meninggalkan segala laranganNya.Di dalam Al- Quran, ALLAH telah berjanji kepada orang-orang yang berimana dalam firmanNya:
Jelaslah, di dalam Al-Quran ALLAH telah memberi gambaran bagaimanakah ciri-ciri penghuni neraka dan syurga. yang mana pilihan kita?tentulah kita akan memilih syurga.Kitab suci ini terkandung pelbagai ilmu dan pengajaran yang boleh kita ambil sebagai panduan untuk jalani kehidupan seharian sebagai seorang muslim. Di dalam buku langit ilahi karya Hilal Asyraf, kita perlu ambil mengambil pengajaran dan iktibar daripada kisah kaum-kaum yang derhaka kepada Allah untuk dijadikan pengajran kepada kita. Jika kita lihat, ALLAH telah menurunkan azab dan balasan di atas setiap perbuatan mereka. contohnya, kaum yang mendapat balasan Allah dari surah al Qasas ayat 44 hingga 47.
"dan Engkau (Wahai Muhammad) tidak ada di sebelah barat (tempat Nabi Musa menerima wahyu) ketika Kami sempurnakan penyerahan Kitab Taurat kepadaNya, dan Engkau juga tidak termasuk Dalam golongan Yang menyaksikan peristiwa itu." (Al-Qasas:44) "akan tetapi (engkau hanya mengetahui kisah itu Dengan jalan Kami memberi wahyu kenabian kepadamu disebabkan) Kami telah mengadakan beberapa umat (dari zaman Nabi Musa hingga ke zamanmu) sampai berlanjutanlah masa Yang mereka lalui (serta kucar-kacirlah ugama Yang mereka anuti). dan Engkau pula tidak pernah tinggal bersama-sama penduduk negeri Madyan membaca dan mempelajari dari mereka ayat-ayat keterangan Kami (tentang hal Nabi Musa di sana), tetapi Kamilah Yang mengutusmu (menjadi Rasul dan memberi wahyu kepadamu mengenai hal itu)." (Al-Qasas:45)
"dan Engkau juga tidak berada dekat Gunung Tursina ketika Kami menyeru (Nabi Musa dan memberi wahyu kepadanya dahulu), tetapi (diturunkan) rahmat (Al-Quran) dari Tuhanmu (menerangkan kisah itu) supaya Engkau memberi amaran kepada kaum (mu) Yang telah lama tidak didatangi sebarang Rasul pemberi amaran sebelummu, semoga mereka beroleh pengajaran (serta insaf mematuhinya)." (Al-Qasas:46)
"dan kalau tidaklah orang-orang musyrik itu akan berkata - semasa mereka ditimpa bala bencana disebabkan perbuatan kufur dan maksiat Yang mereka lakukan: "Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau tidak mengutuskan kepada Kami seorang Rasul supaya Kami menurut ayat-ayat keteranganMu (yang dibawanya), dan supaya Kami menjadi dari orang-orang Yang beriman, " (tentulah Engkau Wahai Muhammad tidak diutuskan kepada mereka, bahkan Kami terus menyeksa mereka)" (Al-Qasas:47)
"KETAHUILAH BAHAWA DALAM SETIAP JASAD ITU ADA SEKETUL DAGING YANG APABILA IA BAIK, MAKA BAIKLAH SELURUH JASAD. KETAHUILAH IA ADALAH HATI"...
(HADITH KE -6, HADITH 40 AN-NAWAWI)
semoga setiap amal kita diterima oleh ALLAH..p/s: jazakumullahu khairan kathira buat akhawat DL2.insyaALLAH, kita jumpa masa daurah nnt.,moga sentiasa dalam redha ALLAH.
fastabiqul khairat (2:148)
Salam cik moon..
ReplyDeletehaish..dh byk rupenye new post.apesai kat bloglistku x update pon..nak kna nih google nih..cik moon, rindu kat ang la.can't wait for this weeknd lah.hu..ok, do read this ye
http://nureman.blogspot.com/2009/11/buat-pengunjung-setia-tesco.html