Wednesday, November 25, 2009

3 AYAT- GOLONGAN YANG MENGEJAR DUNIA DAN AKHIRAT

Mari kita renung sejenak ayat-ayat dari kalam ALLAH...


sesiapa Yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. (11:15)

sesiapa Yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah Yang dikehendakiNya; dan sesiapa Yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar Yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.(42:20)

tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang Yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. dan sesiapa Yang berbuat demikian Dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala Yang amat besar.(4:114)


Ketiga-tiga ayat di atas Allah membicarakan tentang manusia;

(11:15)- Allah menjelaskan jenis manusia yang mengejar kehidupan dunia berbanding kehidupan akhirat. Mereka adalah golongan manusia yang berusaha dan mengejar kemewahan dunia melebihi kehidupan akhirat. Allah menyebut dia dalam Al-quran bahawa, golongan ini akan diberikan kehidupan dunia yang sempurna tanpa sedikit kekurangan pun.

(42:20)- Allah menjelaskan perbezaan diantara golongan manusia yang mengejar kehidupan akhirat dan kehidupan dunia. Bagaimana? Allah menerangkan manusia yang berusaha melakukan amal2 untuk akhirat, mereka adalah golongan manusia yang mendapat faedah di akhirat. Manakala manusia yang bderusaha melakukan amal untuk dunia semata-mata, mereka adalah golongan yang mendapat faedah di dunia sahaja, tapi ia hanyalah sebahagian sahaja tanpa sebarang faedah di akhirat.

(4:114)- Allah telah menyebut di dalam Al-Quran bahawa golongan manusia yang berusaha mengejar akhirat adalah golongan yang sentiasa melakukan amal kebaikan, bersedekah, mendamaikan di antara manusia dan juga mencegah kemungkaran. Mereka inilah yang telah dijanjikan pahala yang besar.


MARI BERAMAL, BERAMAL KERANA ALLAH..
fastabiqul khairat..

1 comment:

  1. intro Shahadatul Haq yg bagus sekali kan?
    Allah bg jln pertama dlm ayat 11:15 kemudian Allah bagi jln kedua dlm ayat 42:20..Namun dlm ayat ketiga dijelaskanNya jalan mana yg akan diganjar dgn pahala yg amat besar! Allah selalu bagi kita klu kan? cantik tarbiyah Dia.Subhanallah..

    ReplyDelete