ASSALAMUALAIKUM...
Apa khabar IMAN hari ni?=)
Semoga iman kita bertambah dan meningkat setiap masa.Dalam buku LANGIT ILAHI karya Hilal Asyraf ada menyebut IMAN kita bertandang di dalam HATI. Hati kita ibarat bejana keimanan. Jangan kita biarkan bejana keimanan kita retak dan musnah seterusnya mendorong kita untuk melakukan kejahatan.Apa khabar IMAN hari ni?=)
Mari kita baca sama-sama surah ini dan kita hayati maksud setiap ayat dalam surah ini..
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.
2. Yang Menguasai sekalian manusia.
3. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.
4. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam.
5. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.
6. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.
Dh habis baca? lepas selesai baca tafsir ummi SHI selalu tanya "ayat mana yang terkesan di hati?"=)
Kalau kita perhati betul-betul tafsir dari ayat ni, kita akan lihat terdapat dua bahagian dalam surah An- Nas. Bahagian pertama dari ayat 1 hingga 3 dan bahagian kedua dari ayat 4 hingga 6.
BAHAGIAN PERTAMA: Memperkenalkan ALLAH
1. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.
2. Yang Menguasai sekalian manusia.
3. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.
2. Yang Menguasai sekalian manusia.
3. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.
Dalam 3 ayat diatas ALLAH diperkenalkan melalui 3 Identiti utama iaitu RAB, MALIK dan ILLAH..Allah memulakan surah ini dengan suatu perintah agar manusia memohon perlindungan daripadaNya, Tuhan yang memelihara, membimbing dan menjaga.
1. RAB
ALLAH sebagai RAB dipamerkan kasih dan sayangNya kepada makhluk ciptaanNya dimana Dia sebagai KHALIQ yang menciptakan , Dia sebagai AR-RAZAK pemberi rezeki dan Dia sebagai MALIK iaitu pemilik mutlak diri kita.
- Khaliq (Pencipta) ... bila berkisar tentang pencipta dan kita yang diciptakan semestinya DIA tahu apa yang terbaik buat kita makhluk ciptaanNya..jom fikir sebentar
Analogikan kita sebagai sebuah RoBoT .kewujudannya tentu ada sebab kenapa pencipta tu cipta dia - KITA?apa tujuan kita diciptakan?.MANUSIA diciptakan ALLAH adalah kerana sebagai HambaNya dan sebagai Khalifah !
MANUSIA sebagai HAMBA ALLAH
“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.”(51:56).
MANUSIA sebagai KHALIFAH dimuka bumi
"Ingatlah ketika Rabb-mu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Rabb berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. (2:30)"
Sebagai analogi, Tumbuhan diciptakan untuk membina makanannya sendiri, haiwan dicipta khusus mengikut kateria dan jenisnya dan paling ketara antara haiwan dan tumbuhan ini keduanya patuh pada perintah Allah .Mereka tiada pilihan untuk menolak apa yang telah ditetapkan pada kejadian mereka.
-Ar-Razak (Pemberi rezeki) ...Kasih Sayang Allah kepada hamba-hambaNya... rezeki dikurniakan tanpa kita perlu meminta-minta..segalanya telah ditetapkan olehnya..
"Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian Yang tidak akan habis-habis" (38:54)
-Al-Malik( pemilik) kita milik Allah dan kepadanya kita akan kembali..segala yang diberi adalah pinjaman...tapi seandainya pinjaman..layakkah kita pulangkan apa yang kita pinjam seperti sedia kala..?
2. MALIK
Identiti ini diolah dari 3 aspek penting iaitu Wali (Penjaga), Amir (pemimpin) , Hakim (Penggubal undang-undang)
Allah sebagai WALI yang mana DIA menjaga segala urusan manusia.DIA tak pernah lupa dan terlepas pandang sedikitpun urusan manusia yang dikasihiNya.Subhanallah !
Jika kita melihat bagaimana seorang ayah (wali kepada anak perempuan) yang sangat menjaga dan memberi perlindungan kepada anak perempuannya. Allah Maha Mengetahui segala yang terbaik dalam urusan hamba-hambaNya.
ALLAH sebagai PEMIMPIN ... kita adalah hamba yang dibawah pimpinanNya... seperti RAJA dan Rakyat.. maka segala apa yang dimuka bumi ini adalah tanah ALLAH ..kerajaan ALLAH bukan milik sesiapa..Negara ini (tanah yang kita duduki) ..bukan milik kita..tapi milik ALLAH..ALLAH telah mengatur sistem undang-undang yang perlu dilaksanakan di tanahNya ..sudahkah kita penuhi apa yang ALLAH amanahkan kepada kita?
ALLAH sebagai PENGUASA... Allah Maha BERKUASA... disini ada sistem ganjaran dan balasan..seperti penguasa disebuah kawasan atau kerajaan..setiap kesalahan akan dihukum dan setiap kebaiikan akan diberi penghargaan ..begitu juganya ALLAH dimana DIA berkuasa atas ganjaran SYURGA bagi hambaNya yang bertaqwa dan azab NERAKA bagi hambaNYa yang engkar.
3. ILLAH
Allah sebagai TUHAN yang disembah. Taat patuh dengan sepenuh hati.
Analoginya apabila kita mengadap RAJA, atau Orang atasan.Bagaimana perasaan kita ketika itu?
Semestinya Taat, Patuh dan Hormat.
Meletakkan Allah sebagai MATLAMAT UTAMA dari setiap aspek kehidupan dunia dan untuk akhirat.
BAHAGIAN KEDUA: Mengenali Syaitan
4. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam.
5. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.
6.(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.
5. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.
6.(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.
Daripada ayat 4 hingga 6 Allah meyebut SIFAT syaitan sebagai pembisik yang datang dan menghilang.Kemudian Allah menyebut tentang KERJA syaitan iaitu membisik kejahatan didalam dada manusia. Seterusnya Allah memperkenalkan JENIS syaitan dari jin dan manusia.
1. SIFAT
شراْلوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ
Yang dimaksudkan dengan syaitan sebagai pembisik yang datang dan menghilang itu menggambarkan sifat syaitan yang tidak pernah kenal erti putus asa. syaitan yang selalu membisikan kejahatan ke dalam hati dengan secara halus dan sukar untuk dikesan serta tersembunyi.
2. KERJA
يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ
Syaitan sentiasa melakukan kerjanya dengan membisikkan membisikkan kalimah2 busuk serta melemparkan hasutan2 berbau kejahatan pada hati manusia yg mudah alpa.Manusia sendiri yang seterusnya terpengaruh lalu melakukan kerosakan pada dunia dengan tangan mereka masing-masing. Syaitan juga mempunyai perangai penakut. Dia hanya muncul dalam hati kepunyaan mereka yg tidak teguh imannya, yg merasa lazat dengan perlakuan maksiat berterusan serta tidak yakin akan agungNya kekuasaan Allah, penguasa hari pengadilan.
3. JENIS
مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ
Seterusnya, Allah mengingatkan kita tentang adanya syaitan di kalangan jin dan manusia. yang dikatakan daripada jin itu adalah syaitan yang selalu menghasut kita dan tidak dapat dilihat tetapi dapat dikesan perubahan pada diri kita. contohnya, perasaan malas untuk belajar, solat dll.Manakala di kalangan manusia pula terdapat manusia yang zalim pada manusia lain, pengumpat dan pemfitnah serta manusia untuk yang selalu mendorong kita melakukan kejahatan dan maksiat. perbuatan manusia yang zalim dapta kita lihat dengan jelas dan sering berlaku dalam di dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim.
Di dalam firman ALLAH,
"dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. oleh itu, Patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib Yang menjadi pemimpin selain daripadaku? sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. amatlah buruknya bagi orang-orang Yang zalim: pengganti Yang mereka pilih itu."(18:50)
Surah an-Nas merupakan antara ayat quran yg lazim membasahi bibir pemuda muslim. Ayatnya pendek, ringkas namun membawa erti mendalam tentang perlunya manusia kepada Allah sebagai pelindung mutlak daripada kejahatan syaitan durjana.
Marilah kita sama-sama berusaha untuk menjauhkan diri dari godoan dan hasutan syaitan dengan mendekatkan diri kita kepada ALLAH. Sentiasalah memohon perlindungan dan hanya padaNya tempat untuk kita bergantung.
Moga ia bermanfaat.
fastabiqul khairat!
sumber:
Tafsir fi zhilal..karangan As-Syaihid Syed Qutb...]
usrah DL2
http://nuuralif.multiply.com/
http://nureman.blogspot.com/2009/11/hikmah-perpisahan-kita.html
ReplyDeletealhamdulillah.. saya rse ianya amt bermanfaat kpd mereka yg ingin memulakan usrah kpd ank usrah mereka.. dgn mengenali sifat2 Allah & mengenali bgaimana cara syaitan utk mnggoda manusia...
ReplyDeletejelas dan boleh dihayati dengan mudah..alhamdulillah smoga anda mndapat phala yg bterusan hgga akhir zaman..
ReplyDelete