Tempat : Rumah ukhti Mum dan Ramlah
Tarikh : 1 November 2009
Masa : 11 pagi – 3 petang
Aktiviti : Ummul Qur’an
We start our discussion dengan tadabbur surah Ali Imran ayat 190 hingga 200. As reminder, sunat dibacakan ayat ni sebelum solat Tahajjud. Setiap ayat penuh peringatan dan doa bagi hambaNya yang berakal. And nak dikaitkan dengan pesan ummi pula, ummi suggestkan kita tambah ayat 192 hingga 194 dalam doa harian kita. Refresh our doa.
Summary of ayat:
2:190 – Penciptaan langit dan bumi, dan penggantian malam dan siang adalah tanda kekuasaan Allah bagi orang yang berakal.
2:191 – Siapakah orang yang berakal? Yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk malah ketika berbaring.
2:192 – Sesiapa yang dimasukkan ke dalam neraka, sesungguhnya Allah telah hina dia. (Nauzubillahiminzalik)
2:193 – Doa “ampunilah dosa dan kesalahan kami, dan wafatkan kami bersama orang yang berbakti”
2:194 – Doa agar dikurniakan Allah seperti yang dijanjikan dan supaya tidak dihina di akhirat kelak.
2:195 – Allah tidak sia-siakan amalan hambaNya, baik lelaki mahupun perempuan.
2:196 – Jangan terpedaya dengan kesenangan dan kebebasan orang kafir.
2:197 – Kesenangan mereka hanyalah sementara dan Jahannam adalah tempat mereka kembali.
2:198 – Ganjaran syurga bagi orang-orang yang bertakwa. (Inilah janji Allah)
2:199 – Kisah sebahagian ahli kitab sebelum dan selepas diturunkan Al Quran.
2:200 – Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.
And then ana ada share kisah seorang ulama’ yang nak masuk syurga kerana amalan ibadahnya. Lalu Allah mengambil matanya dan ditimbang disebelah amalan ulama tersebut. I think I have distribute an e-mail to you all previously about this story right? Kalau ada yang tak dapat e-mail tu, can refer to my previous entry ya. Cerita tu memang menusuk kalbu. Nak dibandingkan dengan ulama’ tu, banyak mana pula amal ibadah kita hari ini? Dengan apa kita nak masuk syurga? Jawapannya ialah dengan kasih sayang Allah. Apa yang penting? USAHA!!! Allah memandang usaha kita kan?
Mum pulak share tentang tawassul. Apakah itu? (tiru style ukhti Wani. Hihi...) Bertawassul ertinya membuat perantaraan dengan amal shalih itu, agar permohonan kita dikabulkan olehNya. Kita disunnahkan bertawassul dengan amal perbuatan kita sendiri yang shalih, agar kesulitan itu segera lenyap dan diganti dengan kelapangan oleh Allah Ta'ala. Kisah tawassul ni boleh didapati dalam kitab Riyadhus Solihin dalam bab 1 page 19. Kisah ni ada kaitan dengan 2:193.
Ok. Mesti ada yang tak sabar nak baca part pesan ummi kan? Hehe... Cop. Siapa Ummi Ina? During 2nd ISK, Ummi Ina dari Perak dijemput untuk bagi pengisian kepada kami. Kalau ada yang nak more details pasal Ummi, let me know. Nanti ana share apa yang ana tau la eh.
Pesan Ummi Ina:
1. Selepas dapat ISK, 2 things we need to do. i. Cari sekurang-kurangnya seorang untuk kita sampaikan apa yang telah kita dengar dan faham. ii. Next daurah must bring at least 1 ukhti yang belum pernah join or miss daurah.
2. Amalkan lepas Subuh, selepas baca Al Ma’thurat, baca Quran and cari suruhan Allah yang kita belum buat lagi. Mungkin kita dah tadabbur ayat tu sebelum ni, tapi masih belum jadi amalan kita atau belum istiqamah mengerjakannya.
E.g. “... Maka berluma-lumbalah kamu dalam berbuat kebaikan (fastabiqul khairat)...” (2:148)
3. Pastikan diri sentiasa dalam keadaan berwudhu’. Kita ada share kisah terompah Bilal bin Robah kan? Bagi yang belum dengar cerita ni, kisahnya begini. Semasa berlakunya Isra’ Mi’raj, ketika Rasulullah s.a.w. bertemu Allah, Baginda terdengar bunyi terompah dari langit. Lalu Baginda s.a.w. bertanya kepada Allah, “Bunyi apakah itu?” Allah pun berfirman, “Itulah bunyi terompah Bilal bin Robah yang sentiasa memperbaharui wudhu’nya.” Subhanallah. Sehingga begitu sekali Allah menilai amalan kita. Betapa Maha Pengasih dan Penyayang Tuhan kita ni kan? Tapi mengapa kita masih kurang bersyukur?=’(
4. Sebelum tidur, amalkan solat Taubat dahulu. Kemudian apabila dah bersedia nak tidur, ucaplah dua kalimah syahadah, mintalah ampun pada Allah dan maafkan orang lain. Betapa murninya hati orang yang pemaaf ni kan? Hati mereka mesti sentiasa tenang.
5. Sentiasa refresh doa selepas solat kita. Jangan asyik baca doa yang sama hingga no feeling atas apa yang kita pinta pada Allah. Antara doa amalan yang disuggestkan ummi ialah:
# Doa untuk dapat anak yang baik (doa Nabi Zakaria). Ali Imran: 38
“...Ya Tuhanku, berilah aku dari sisiMu seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.”
#Ali Imran: 192-194
Ya Tuhan kami, sesungguhnya barangsiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh telah Engkau hinakan ia, dan tiada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun.
Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar seruan yang menyeru kepada iman; “Berimanlah kamu kepada Tuhanmu”, maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang berbakti.
Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan Rasul-RasulMu. Dan jangan Engkau hinakan kami di hari Kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
#Al Furqan: 74
“... Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
#Doa untuk dapat anak yang soleh wa musleh. Ibrahim: 40
“ Ya tuhan kami, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”
6. Bagi sesiapa yang dah nak membina baitul muslim, Ummi jemput call dia untuk attend kursus baitul muslim. Ummi akan share apa persediaan sebelum, semasa dan selepas baitul muslim. Ada sesiapa yang nak contact number? Hehe...
And pesan Ummi Shi pula, sesuatu ayat Allah tu belum benar-benar terkesan di hati kita selagi kita belum hafal ayatnya, belum ingat surahnya dan ayat ke berapa. So lepas ni jom kita sama-sama hafal ayat yang paling terkesan dihati kita and then sebar-sebarkan pada yang lain. Yet, most important is mengimani ayat tersebut dan beramal dengannya. Tu baru betul dinamakan ‘terkesan dihati’. Betul tak? (pesanan untuk diri sendiri terutamanya)
Regarding surah Al Hujurat pula, ada beberapa ayat yang mungkin kita pernah dengar. Hopefully after this kita bukan sahaja mendengar, tapi faham dan beriman dengan hati akan perintah Allah ni.
Summary of the surah:
49:9 – Dan jika ada 2 golongan dari orang mu’min bersengketa, maka damaikanlah keduanya. Dan perangi golongan yang berbuat aniaya sehingga mereka kembali kepada Allah. Damaikan keduanya dengan adil.
49:10 – Innamal mu’minuna ikhwah. Sesungguhnya orang-orang mu’min itu bersaudara. Kerana itu damaikanlah keduanya dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.
49:11 – Jangan kita memperolok-olokkan (or memperlekeh, menghina, etc) kaum lain. Boleh jadi mereka lebih baik dari kita. Dan jangan mencela dirimu sendiri dan jangan memberi gelaran/panggilan buruk pada orang lain. Barangsiapa yang tidak bertaubat, sesungguhnya mereka adalah orang yang zalim.
49:12 – Jangan kita berburuk sangka pada orang lain. Sebahagian prasangka itu adalah dosa. Jangan mencari kesalahan orang lain dan jangan menggunjing sebahagian yang lain. (Gunjing tu apa ek? Sape tau the exact meaning?)
Dan jangan mengumpat saudara yang lain. Mengumpat diibaratkan memakan bangkai saudaranya sendiri. “Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya.”
49:13 – Allah menciptakan manusia berbangsa-bangsa dan bersuku-suku untuk kita saling kenal mengenali. Orang yang paling mulia ialah yang paling bertakwa.
49:15 – Orang beriman tidak ragu-ragu dengan keimanan mereka terhadap Allah dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah.
49: 17 – Pesanan buat para du’at, janganlah kita merasakan telah memberi ni’mat (e.g. hidayah) kepada orang lain dengan keislaman/keimanan kita. Allah sebenarnya yang memberi ni’mat itu. (Contohnya, mungkin kita pernah melihat seseorang berubah atas nasihat kita. Hakikatnya bukanlah kerana nasihat kita mereka berubah. Yang menggerakkan hati mereka adalah Allah azza wajalla. Nasihat kita hanyalah asbab untuk mereka berubah. Again, Allah memandang usaha kita kan? Berusahalah! Jangan berasa lemah jangan bersedih hati(3;139). Hasilnya biarlah Allah yang tentukan.Apa yang penting? USAHA!!=D)
Ada sesiapa yang nak tambah pengisian? Mungkin ada yang ana tertinggal atau kekurangan. Perkongsian akhawat semua amat dialu-alukan.
Wassalam...
Dan berjihadlah kamu dijalan Allah dengan sebenar-benar jihad. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak akan menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu. Dan (begitu pula) dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik penolong.” 22:77-78
No comments:
Post a Comment