Segala puji bagi ALLAH yang Maha Pencipta yang memiliki sifat kesempurnaan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad..
Sabda Nabii SAW:
Saya baru sahaja membeli solusi baru isu 13.isu utama yang dibancangkan berkenaan MUKMIN PROFESIONAL.satu isu yang agak hebat saya fikir kerana ia berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai hamba ALLAH. apakah maksud sebenar MUKMIN PROFESIONAL?
Sifat seorang mukmin itu memiliki nilai-nilai yang baik atau lebih dikenali sebagai sifat mahmudah seperti jujur, bertanggungjawab, amanah, dan lain-lain. Manakala sifat seorang profesional yang mempunyai kepakaran dalam melaksanakan tanggungjawab dan peranan dengan cekap dan berkesan di dalam sesuatu bidang pengurusan, pentadbiran dan sebagainya.
Mukmin Profesional ini mereka yang mengamalkan budaya fikir dan zikir. Zikir disini bermaksud membaca, memahami dan mengambil iktibar daripada ayat-ayat al-Quran. Fikir pula bermaksud melihat, merenung dan meneliti mesej yang ingin disampaikan. Kedua-dua unsur ini amat penting untuk membentuk Mukmin Profesional yang berlandaskan al-Quran dan sunnah.
Dalam sesebuah organisasi, kecemerlangan diukur dari dua dimensi yakni hasil kerja yang dan perilaku anggotanya. anggota yang cemerlang ialah mereka yang mencapai hasil kerja yang tinggi dan perilaku yang baik.
HABLUMMINALLAH: INTEGRITI, IKHLAS, SYUKUR, AMANAH, JUJUR, BERADAB
HABLUMMINANNAS: KOMPETENSI, IFEKTIF, EFISYEN, PRODUKTIF, BERKUALITI
Kuadran4: Mereka yang cemerlang yakni mereka yang produktif, efisyen, berintegriti dan berkompetensi.
Kuadran 3: Hasil kerjanya baik tetapi perilakunya buruk. Golongan ini, berpotensi untuk melakukan jenayah, kolar putih kerana tanpa integriti mereka tidak akan mampu menahan diri dari melakukan rasuah, pilih kasih dan dll perilaku negative dalam organisasi.
Kuadran 2: Golongan ini pula mempunyai perilaku yang baik tetapi kerjanya culas, kurang efektif, dan kurang efisien ketika melaksanakan tugas. Haislnya golongan ini tidak produktif, bahkan menyusahkan dan merugikan organisasi.
Kuadran 1: Kumpulan terburuk yakni mereka yang bukan sahaja mempunyai perilaku yang buruk, prestasi kerja pula sangat rendah. Jika ramai anggota organisasi berada di kuadran ini, organisasi tersebut berada diambang kemusnahan.
Sedikit perkongsian daripada apa yang saya baca. untuk mendapat infa yang lebih mantap dan padat berkenaan tajuk ini, boleh la beli mjlh solusi isu 13..=)
fastabiqul khairat..
No comments:
Post a Comment