Kali ini saya ingin mengajak sahabat-sahabat semua untuk koreksi dan muhasabah diri sebentar. sedikit perkongsian yang ambil dari solusi isu 13. mari kita ikuti cerita di bawah. semoga ia memberi satu suntikan baru buat diri yang alpa..
Iman : Assalamualaikum.
Diri: Waalaikummussalam. Oh, En. Iman! Saya rasa dah 2, 3 minggu kamu tak datang ke pejabat. Kamu cuti ke?
Iman: Apa pula saya cuit, bos. Saya kan diberikan cuti.
Diri: oh ya, lupa. Itu la, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En. Nafsu bekerja. Tapi jadi kelam kabut pulak. Lepas terdengar ustaz kat tv berceramah hari tu, saya teringatkan kamu.
Iman: jadi, saya boleh kembali bekerja la bos? Saya boleh ambil balik jawatan saya dari En. Nafsu?
Diri: eh, tak boleh. Saya sayang nak pecat En. Nafsu. Walaupun saya terpaksa bayar gaji yang tinggi, tapi dia berjaya menghiburkan saya.
Iman: kalau macam tu, lebih baik saya berundur.
Diri: eh, jangan! Tolonglah saya. Saya tak boleh kehilangan kamu berdua.
Iman: tapi bos, kami tak mungkin bersama dalam satu syarikat. Perbezaan antara kami sanagat besar. En. Nafsu tu saya lihat anti sangat dengan saya.
Diri: saya rasa serba salah la pula.
Iman: bos boleh pilih satu je. Bos perlu mujahadah untuk pecat En. Nafsu,bos.
Diri: saya tahu. Jauh dalam hati saya, saya memang perlukan kamu, En. Iman. Iri hati saya tengok syarikat ustaz kat sebelah. Mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu. Baiklah, saya kena pecat juga En. Nafsu, tak kiralah apa yang berlaku. En. Iman, saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan solat, puasa, zikir, Al-Quran dan apa2 yang patut.
Iman: Alhamdulillah., nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak. Kalau bos teruskan prestasi yang cemerlang ni, saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh CEO( ALLAH SWT) sebagai muttaqin.
Mesej daripada kisah di atas:
Kitalah bos kepada diri sendiri. Kita yang menguruskan semua tentng diri, makan minum, pakaian, pelajaran dan pekerjaan. Tetapi yang lebih penting ialah bagaimana kita menguruskan iman kita. Buatlah keputusan terbaik dan pilihlah agenda dan aktiviti yang boleh menyuburkan iman. Jangan ditendang keluar amalan soleh dan jangan melambai-lambai balik dosa masuk ke dalam diri.
wahh..best la kisah cite mr iman dan mr nafsu nih! best wat lakonan time daurah ni. hehehee..
ReplyDelete