Wednesday, November 11, 2009

BUKU BARU-TARBIAH ROHANI

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI..

Alhamdulillah, bersyukur kepada ALLAH kerana diberikan nikmat dan kesempatan untuk terus hidup di muka bumi ALLAH ini..dah lama rasanya tak update blog ni..laptop belum sampai dari melaka.agak susah nk guna laptop orang lain..

Alhamdulillah, saya baru selesai sesi temuduga untuk guru siswazah terlatih..lega rasanya.terima kasih pada k.ipar saya yg susah payah bawa saya ke ipoh untuk interview.dengan izin ALLAH, kami bertolak awal pagi dan sampai tepat jam 8 pagi..

Kali ini saya nak kongsi satu lagi buku yang baru saya beli.pertama kali saya tengok cover buku tu, saya dah jatuh cinta.tajuk buku pun dah boleh menarik minat saya untuk beli dan tak sabar nak baca..bila tengok nama penulis buku tu, Hilal Asyraf saya terus tekad nk beli.saya amat berminat dengan penulisan dia di dalam blog beliau, langitilahi.com.dalam usia yang begitu muda, dia berjaya hasilkan buku yang boleh mentarbiyah jiwa dan rohani kita.semua itu dengan izin ALLAH..

Sedikit gambaran tentang buku ini..LANGIT ILAHI..Tuhan tidak lupakan kita

Tiada siapa yang inginkan kehidupan yang sengsara. Mehnah yang ditempuh bagaikan badai yang bisa membuatkan hati yang rapuh cepat tergugah.

Pernah juga terfikir betapa malangya hidup yang hanya ada derita, seolah-olah bahagia itu tidak mahu singgah walau seketika. Sesekali mengadu kepada Tuhan, terasa hina dan kerdilnya menumpang di bumi-Nya.

Menghimpunkan siri tazkirah yang disampaikan dalam bentuk penulisan yang bersahaja, buku ini mudah dihadam dan dihayati satu-persatu. Buku ini mengajak kita untuk kembali meraih kehebatan hamba bersama Tuhan, Pencipta Yang Maha Agung, kerana kita yakin Tuhan tidak pernah sesekali pun lupakan kita!

Buku ni ada banyak tajuk2 kecil. antaranya:

Kita Makhluk Mulia
Hidup Itu Anugerah Allah
Kita Akan Kembali Bertemu-Nya
Bertanam Di Dunia, Menuai Di Akhirat
Matlamat Hidup Kita Ialah Ibadah
Hidup Itu Seluruhnya Ibadah
Hidup Ini Perlu Diisi Dengan Ibadah Untuk Kembali Ke Syurga
Kita Punya Tempat Mengadu

Ada banyak lagi, tapi tak dapat nak senaraikan semuanya..penulis mengulas setiap tajuk dengan begitu terperinci..antara tajuk yang amat terkesan di hati saya ialah,

' Hati yang hidup mendorong anggota melakukan kebaikan.'
Tajuk ini berkaitan tentang hati kita yang sering disebut di dalam Al-Quran sebagai "qalb" yang bermaksud yang berbolak-balik. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"manusia itu dua matanya ibarat petunjuk, dua telinganya ibarat memberi isyarat awas,lisanya sebagai penterjemah, dua tangannya sebagai sayap, dua kakinya ialah perutusan, hatinya pula sebagai raja. kalau rajanya baik, maka baiklah bala tenteranya."

Hati ini ibarat bejana keimanan. jika baik bejana keimanan kita, maka iman kita akan tersimpan dan terjaga dengan baik. tetapi jika bejana iman kita retak, maka iman kita akan perlahan-lahan menyusut dan berkurang. lebih teruk lagi jika bejana keimanan kita pecah, maka tiadalah tempat lagi untuk iman kita berlindung. ibarat seperti sebuah tempayan yang menyimpan air..jika kita mahu air itu elok, maka tempayan itu perlu selalu dicuci dan dijaga dengan baik supaya air di dalamnya tidak kotor..

Jika hati dapat dijaga dengan baik, keimanan dapat mengalir keseluruh pancaindera kita seterusnya mendorong anggota kita untuk melakukan kebaikan.

Banyak lagi tajuk2 yang menarik dalam buku ni..jangan tunggu lagi.dapatkan segera buku ini di pasaran.bagi yang dh memilikinya, alhamdulillh..=)

p/s: jagalah hati kita.jagan biarkan ia berkarat dan terus mati.peringatan buat diri ini juga!

sumber: Langit ilahi dan galeriilmu.com.my

wassalam..

No comments:

Post a Comment