Thursday, November 19, 2009

EMEL DARI UMMI SHI-USRAH DL2

Salam alaikunna ya akhawati,

Apa kabar semua hari ni? Semoga semuanya dikurniakan nikmat kesihatan dari Allah s.w.t. Ada yang xsihat? Maklum la lately hari hujan je. Mudah kena penyakit dalam keadaan sejuk-sejuk ni. Lagi-lagi akhawat semua kurus-kurus belaka. hehe. Minggu ni ada 3 orang yang akan recap usrah last week. And hopefully sesiapa yang ada tambahan ilmu, sila-sila la reply pada semua. Baru la ada kesinambungan ilmu. Betul tak? hehe...

Tarikh: 15 November 2009
Tempat: Rumah Ummi Shi
Waktu: 12.30 tghari - 4 ptg
Tentatif: Lunch nasi ayam yang dibuat oleh Ummi Shi dan umminya.
Sambutan ulang tahun kelahiran ukht Mas yang ke21. Semoga Allah panjangkan umur ukht Mas dalam kebaikan dan dimurahkan rezeki.
Solat Zohor berjemaah
Usrah begin...
Solat Asar berjemaah
Sesi bertemu akh anas=)
Bersurai...

1. Sharing from ukht Noni - 3 golongan selepas hijrah

i - Golongan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. a.k.a. orang-orang Islam (Ansar dan Muhajirin):
- pengikut setia Nabi s.a.w. dan yang beriman kepada Allah
- pada waktu itu masih berlaku pengusiran dari tempat tinggal terhadap orang Islam.

ii - Golongan musyrik:
- golongan yang tidak beriman kepada Allah
- menyimpan hasad dengki kepada Nabi s.a.w. dan umat Islam
- sifat-sifat golongan musyrikin yg disebutkan di dalam al Quran ;

3:167 - Dan juga dengan tujuan Ia hendak melahirkan dengan nyata akan dikatakan kepada mereka: "Marilah berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), atau pertahankanlah (diri, keluarga dan harta benda kamu)". Mereka menjawab: "Kalaulah kami faham ada peperangan (dengan sebenar-benarnya), tentulah kami mengikut kamu (turut berperang)". Mereka ketika (mengeluarkan perkataan) itu lebih dekat kepada kufur dari dekatnya kepada iman. Mereka selalu menyebut dengan mulutnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan.


ii - Golongan Yahudi
- untuk pengetahuan semua, org yahudi ni telah menetap di madinah sejak 2nd century lagi. This is based on wikipedia (http://en.wikipedia.org/wiki/Medina). Not sure whether reliable or not.

Jewish tribes

Jews arrived in the city in the 2nd century CE in the wake of the Jewish–Roman wars. There were three prominent Jewish tribes which had inhabited the city till the 7th century CE: the Banu Qaynuqa, the Banu Qurayza, and Banu Nadir.[4] Ibn Khordadbeh later reported that during the Persian Empire's domination in Hejaz, the Banu Qurayza served as tax collectors for the shah.


The situation changed after the arrival from Yemen of two Arab tribes named Banu Aus (Banu Aws) and Banu Khazraj. At first, these tribes were clients of the Jews, but later they revolted and became independent.[6] Toward the end of the 5th century[7], the Jews lost control of the city to Banu Aus and Banu Khazraj. The Jewish Encyclopedia states that they did so "By calling in outside assistance and treacherously massacring at a banquet the principal Jews" Banu Aus and Banu Khazraj finally gained the upper hand at Medina.

- And orang yahudi ni diumpamakan Allah seperti dalam Quran 62:5 - bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.


Apa yang kita boleh summarizekan di sini ialah sama seperti zaman Rasulullah s.a.w. dahulu, dalam proses berdakwah kita juga akan berhadapan dengan golongan-golongan ini. Memandangkan tugas kita sebagai 'abid dan khalifah ialah menyeru seluruh umat manusia untuk menyembah dan patuh pada Tuhan yang satu, kita perlu kenal sifat-sifat mereka. Contohnya seperti yang jelas hari ini, orang Yahudi ni memang pandai memutar belitkan fakta dan merasakan merekalah kaum yang suci dan agung.

2. Bacaan surah az Zumar ayat 53 - 74

Secara kesuluruhannya, ayat-ayat ini menceritakan tentang keadaan pada hari kiamat. Ayat yang ingin distresskan ialah ayat 71 hingga 74. Jom kita tengok ayat ni:

39:71 - Dan orang-orang kafir akan diseret ke neraka Jahannam dengan berombong-rombongan, sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?" Mereka menjawab: "Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir.

39:72 - (Setelah itu) dikatakan kepada mereka: "Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah neraka Jahannam.

39:73 - Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berombong-rombongan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk) -

39:74 - Serta mereka berkata:" Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menepati janjiNya kepada kami, dan yang menjadikan kami mewarisi Syurga ini dengan sebebas-bebasnya, kami boleh mengambil tempat dari Syurga ini di mana sahaja kami sukai; maka pemberian yang demikian ialah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal".

Apa yang cuba disampaikan disini ialah perbandingan layanan kepada ahli neraka dengan ahli syurga. Ahli neraka 'diseret' masuk ke jahannam sedangkan ahli syurga dibawa masuk dengan segala hormatnya. Dapat tak kita bayangkan betapa indahnya perasaan dipelawa dan dialu-alukan masuk ke dalam syurga. Bahkan secara rombongan.

Analoginya gini la. Kita semua akhawat DL2 one day buat satu rombongan ke sebuah taman. Tiba je di hadapan taman tersebut, kita semua dijemput masuk ke dalam taman yang saaaangat indah sambil disambut dengan penuh mesra oleh bidadari/bidadara yang cantik2/handsome2. And kita kekal hidup bahagia di dalam taman tersebut selama-lamanya. Boleh bayangkan tak? hehe... Perasaan yang sangat indah bila membayangkan waktu tu. Semoga kita semua dimasukkan ke syurga bersama-sama dan kekal bahagia di dalamnya. Ameen...

Kalau diperhatikan ayat 71 -74 ni, pada awalnya Allah takutkan kita dengan bayangan neraka. Gerun rasanya. Apatah lagi untuk orang seperti kita yang dah dengar and insyaAllah faham isi kandungan ISK and SH. Betapa beratnya siksaan kita sebagai ummatan wasato kan kalau kita tak menyampaikan penyaksian kebenaran? Dan kemudiannya Allah memujuk kita dengan keindahan syurga. Cantikkan susunan ayat Allah ni? Memujuk kita dengan balasan syurga setelah kita berusaha menjalankan tanggungjawab kita sebagai 'abid dan khalifah di dunia.

No comments:

Post a Comment