Thursday, March 5, 2009

KEK COKLAT KUKUS


Bahan-bahan

  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu segar perisa coklat
  • 3/4 cawan minyak
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur

Cara-cara

  1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
  2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api. Biarkan sejuk sekejap
  3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
  4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
  5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
  6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
  7. Angkat dan sejukkan.

p/s : Resipi ni nk kongsi dgn kawan-kawan.cubalah buat.senang sangat.rasanya insyaALLAH, sedap..cepat dan mudah…

Tuesday, March 3, 2009

JOM SOLAT DI MASJID

Abdullah bin makhtum r.a seorang tua,yang buta bertanya kepada nabi:
"ya nabi Allah,akuni sorg buta...bolehkah aku sembahyang kat rumah je.."(lebih kurg mcm 2 la bunyinye)
nabi tanya balik : "kamu dengar azan tak??"
sahabat : dengar..
nabi saw : maka kamu harus datang ke masjid...
nabi kata :
barangsiapa yg dengar azan,tp tak datang sembahyang berjemaah kat masjid...maka lebih baik dituangkan timah cair yang mendidih ke dalam telinganya...

sambung balik cerita Abdullah bin makhtum :
abdullah bin makhtum pun berikhtiar,berfikir macam mana nak pergi masjid dalam kondisinya yg sedemikian rupa...tua,buta,jauh,
maka abdullah bin makhtum pun ikat tali dari rumahnya hingga kemasjid.maka bila mana dia hendak solat,dia hanya perlu jalan mengikut tali tersebut..

suatu hari...
berjalanlah Abdullah bin makhtum ke masjid...
perlahan-lahan memegang tali..tapi,malang tidak berbau...ada lopak yg menyebabkan sahabat tadi terjatuh dan pakainannya basah...
lantas apa yg dia buat?????

Abdullah b. makhtum balik ke rumah dengan berpandukan tali...untu
nak tukar pakaian..then balik semula ke masjid...

kali kedua pula,dia terjatuh juga di tempat yang sama....
then,dia balik rumah..tukar baju...n balik semula ke masjid merentasi tali tadi...
kalau aku dah jenuh...sembahyang rumah je kot...

tapi kali ketiga lalu di tempat yang sama...dia hampir terjatuh....
tapi......syaitan tahan dia daripada terjatuh...

maka bertanya Abdullahbin makhtum : kenapa tahan aku??
syaitan menjawab :
kali pertama engkau jatuh,Allah tlh ampunkan seluruh dosa engkau..
kali kedua engkau jatuh,Allah telah ampunkan seluruh dosa ahli keluarga kau...
dan kalau kau terjatuh kali ketiga,Allah akan ampunkan seluruh dosa penduduk kampung ini..maka sia-sialah usaha aku selama ini.....

p/s: marilah sama2 kita mengimarahkan masjid dan surau kita..insyaALLAH ganjarannya ada di sana nanti..

Monday, March 2, 2009

hadith 40-imam al-nawawi-

HADIS 16
Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah
engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah
engkau marah.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.
Kefahaman Hadis:
1) Marah - pengenalan - punca/ sebab-sebab yang boleh melahirkannya.
2) Marah/murka Allah - thabit sifat ini pada Allah dan tidak boleh dita’wil lagi, (al-Fath : 6) (Thoha :
81) - yakin sifat marahNya tak sama dengan makhluk.
3) Sifat marah yang dicela : Apabila lahirnya diluar kawalan dan mengikut hawa nafsu, memaki
hamun, mencela, memukul dll.
4) Sifat marah yang dipuji : Apabila mempertahankan yang hak, melihat kemungkaran dan apa yang
dibenci oleh Allah.
- contoh : rujuk hadis- hadis mengenainya, kisah Musa bersama kaumnya,Yunus bersama
kaumnya.
5) Cara untuk menghilangkan sifat marah :
Doa - agar dibimbing oleh Allah.
Membiasakan diri dengan zikrullah - Quran, tasbih, istighfar dll.
Sentiasa ingat peringatan-peringatan yang diceritakan Allah dalam Quran, pahala orang yang dapat
mengawal dirinya - bidadari di Syurga.
Ta’wiz dari syaitan / ambil wudhu’.
Ubah kedudukan - berdiri - duduk - baring.
Berikan hak badan - tidur , rehat dan tidak memenatkan badan.
Pengajaran hadis:
Hadis ini menerangkan betapa sifat marah itu perlu dihindari oleh setiap mukmin, kerana marah
membawa banyak keburukan terhadap diri sendiri juga terhadap orang lain.
Jangan marah ertinya mengelakkan sebarang sebab yang membawa kepada kemarahan. la juga bererti
menahan marah bila dia marah. Erti menahan marah ialah menahan dari melaksanakan tuntutan
ledakan marah seperti memukul, memaki hamun atau mengamuk.
Seseorang yang gagah perkasa dan handal bukan hanya yang mampu beradu tenaga, bahkan juga orang
yang mampu menahan marah.
Marah diizinkan hanya apabila ia didorong oleh perasaan mahu membela kebenaran kerana Allah,
namun mestilah menurut cara hikmah dan batas yang dibenarkan.