Thursday, October 15, 2009

TIBA-TIBA TERJAGA DARI TIDUR...

TIBA-TIBA TERJAGA DARI TIDUR PUKUL 3 PAGI ATAU SEBELUM SUBUH,APA YANG ANDA LAKUKAN?DI SINI ADA BEBERAPA PILIHAN. TANYA IMAN ANDA DAN BUATLAH PILIHAN..

PILIHAN 1:
AKAN MENARIK SELIMUT SEMULA DAN MENYAMBUNG TIDUR SERTA MIMPI YANG TERGANTUNG SEPARUH JALAN..

PILIHAN 2:
"OH BARU PUKUL 3 PAGI. WAKTU MACAM NI DOA MAKBUL. YA ALLAH, AMPUNKANLAH DOSAKU DAN DOSA KEDUA IBU BAPAKU. JADIKAN AKU HAMBA YANG MEMPUNYAI SEMANGAT JUANG YANG TINGGI, BERJUANG UNTUK KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT". KEMUDIAN SAMBUNG TIDUR SEMULA...

PILIHAN 3:
SEBAIK SEDAR JAM 3 PAGI, SEGERA BANGUN UNTUK SOLAT TAHAJUD.. SEMBAHLAH ALLAH SAAT MATA-MATA YANG LAIN TERPEJAM RAPAT, RUKUKLAH SAAT HATI KITA MASIH TENANG, SUJUDLAH SAAT MINDA MASIH KOSONG DARI SEBARANG URUSAN DUNIA DAN BERDOALAH SAAT DOA DIDENGARI ALLAH..

TERJAGA DI AWAL PAGI ADALAH SATU RAHMAT YANG MERUPAKAN KURNIAAN ALLAH. MULALAH DARI LANGKAH PERTAMA, BERDOA SEBAIK TERJAGA. MINTALAH DARI ALLAH UNTUK BANGKITKAN KITA MALAM-MALAM SETERUSNYA..BERUSAHALAH UNTUK LAKUKAN SOLAT TAHAJUD..PERINGATAN BUAT DIRI JUGA..
RUJUKAN DARI :MAJALAH SOLUSI ISU 12.DAPATKAN DIPASARAN SEKARANG.HARGA RM9 SAHAJA.CEPAT2 JANGAN KETINGGALAN..=)

No comments:

Post a Comment