Tuesday, February 2, 2010

GURU OH GURU!

Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam. syukur alhamdulillah kerana masih diberi nikmat Islam dan kesihatan fizikal, mental dan rohani...

Dah lama rasanya tak update blog ni. semenjak masuk sekolah, aktiviti harian secara tak langsung berubah. jadual makin padat. bila dipikir2 kenapa aku memilih cikgu?sesuai ke dgn aku?mampukah aku pikul pada tugas dan tanggungjawab yg diberi? tapi ALLAH itu maha adil.apa yang pasti,aku adalah hamba yang dipilih olehNYA untuk pikul tugas ni... teringat pada ayat2 ALLAH yang sering kita baca lepas solat dan juga dalam al-mathurat.seolah2 memujuk bila kita rasa putus asa dan harapan...

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".(2:286)

Kehidupan sebagai guru amatlah berbeza dgn waktu belajar. banyak perkara yang perlu belajar. semalam, sempat buat eksperimen dengan pelajar tingkatan 4 zahrawi. tujuan eksperimen untuk kaji hubungan antara displacement, velocity and acceleration..eksperimen guna troli! masih teringat lagi masa ting 4 dulu. memang seronok buat eksperimen tu. mcm main kereta mainan.hehe.pelajar2 td pun bukan main seronok nk buat eksperimen tu. excited sgt.. macam aku dulu kot!main buat je.tak tau paham ke tak..hehe...apa pun, aku cuBa yang terbaik untuk jd seorang CIKGU!InsyaALLAH...

Jadi cikgu bukan hanya sampaikan ilmu untuk pelajar lulus periksa dan dapat A je. besar pengaruhnya seorang cikgu kepada pelajar. apa yang kita cakap, pelajar mudah percaya. bidang cikgu ni amat mudah untuk jalankan dakwah . ia sebagai wasilah untuk kita sampaikan ttg ISLAM dan PENCIPTA ALAM ini . waktu kita ngajar, bolEh kita kaitkan dengan kekuasaan dan kebijaksanaan ALLAH yang mencipta kan ini. contohnya dalam subjek geografi, sains dll....itulah peranan yang besar yang perlu kita laksanakan sebagai khalifah ALLAH di bumi ini.

teringat pada ucapan seorang guru waktu perhimpunan minggu lepas. Pn.Hashimah, seorang guru yang mengajar Add Maths.perwatakan seperti seorang ustazah..masa dalam perhimpunan, beliau ada menyentuh tentang ketagihan pelajar melayari internet.YM. FACEBOOK, FRIENDSTER menjadi satu cara untuk berhubung dgn teman2.atau dgn kata lain ONLINE bersama teman2.sanggup duduk di depan komputer berjam2 , membuang masa dan sanggup menghabiskan wang ringgit. .tapi, bagaimana online kita dgn ALLAH?bagaimana caranya? 2,4,4,3,4...apa tu? sudah tentu SOLAT..inilah caranya untuk kita online dgn ALLAH. tanpa wayar dan percuma. cikgu2 lain dan pelajar khusyulk dgn ucapan beliau. begitu tersentuh di hati..memang benar kAta cikgu shimah. kadang2 kesibukan kita dgn kerja2 lain menyebabkan kita lupa padaNYA..

moga setiap hari yang dilalui diberkati olehNYA..moga ALLAH mudahkan urusan kita dan istiqamah dalam mentaati perintahnya..ok la.setakat ni dulu.nk siap2 pi kelas..excited nk jumpa student ni..=)

siiru a'la barakatillah...

fastabiqulkhairat...=)



No comments:

Post a Comment