Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Friday, December 4, 2009

BUKU BARU- NOTA HATI SEORANG LELAKI

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..

Minggu ni agak sibuk dengan aktiviti.kelas tuition pagi, petang dan malam.walaupun sibuk sekurang2nya masa saya terisi.alhamdulillah, makin bertambah adik2 dlm kelas add maths yg saya buat kat rumah.moga ilmu yg saya sampaikan memberi manfaat kepada mereka.saya pun makin seronok nak mengajar.insyaALLAH, ilmu kita bertambah bila kita sampaikan kepada orang lain.=) Alhamdulillah, ALLAH beri kesempatan pada saya malam ni untuk berkongsi dalam blog ni. Kalau tgk tajuk kali ini, mesti dh tau nk saya nk promote buku.=) semalam saya sempat keluar bersama ayah ke pekan. tujuannya nk hantar borang untuk guru ganti di pejabat pendidikan daerah taiping. lps tu, terus ke kedai buku BINTANG BOOKSTORE nk cari majalah solusi isu 14. alhamdulillah, dapat beli..lps tu, teman ayah pergi kedai baju. nak tempah baju katanya..rasa boring juga masa tunggu ayah diukur badannya untuk buat baju.huhu.saya pun merayap sat kat kedai buku IKHWAN. saya nk mencari buku ustaz hasrizal tapi tak ada pulak.susah betul nk jumpa buku2 dia. tak pe la, mungkin lain kali. alhamdulillah, jumpa buku lain plk. NOTA HATI SEORANG LELAKI.teringin nk tau apa yg dia tulis dlm buku tu.lepas belek2, terus beli je la.kalau nak tau kene baca.btl tak? penulis buku ini PAHROI MOHD JUOI. beliau ni penerbit majalah SOLUSI saya suka membaca hasil penulisan beliau..harga buku RM 20. tapi dapat diskaun rm18.=)

Buku ini meluahkan isi hati seorang lelaki yang sangat wajar dibaca oleh mereka yang bergelar isteri, adik, anak, pelajar dan ibubapa kepada mereka yang bergelar LELAKI. Ia menyelami perasaan dan jiwa seorang lelaki menurut perspektif rumah tangga, pendidikan, moral, ekonomi, politik dan lain-lain “gelanggang” juang mereka. Ia ditampilkan dalam bentuk yang sangat santai tetapi mengandungi maksud yang sangat mendalam. Di sebalik setiap kisah ada mesej penting yang sangat relevan dan signifikan.

Masa pertama kali adik2 saya tgk cover buku ni, sibuk diaorg tnya

buku ni untuk lelaki la kak.nape beli?


apa taknya, kalau tgk cover pun ada gmbar seorang lelaki. dan tajuk pun untuk lelaki. mmg untuk lelaki agaknya kot=) saya pun jawab la,

ya tapi sesuai jugak untuk kita sebagai anak. kalau nk tau cerita ttg apa, kene la baca ya.=)

adik bongsu saya umi syafiqah namanya, sempat belek2 buku tu. berminat nk baca agaknya..saya pun bagi peluang pada dia untuk baca dulu..

best kak buku ni.adik dh habis baca satu bahagian..

terkejut jugak bila dia cakap dah abis baca satu bahagian..bila pulak dia baca.agaknya masa saya tengah mengajar kot. saya pun tanya dia

cerita ttg apa?

konon2 nk test apa yg dia faham bila baca buku tu.dia pun cerita la serba sedikit tentang buku tu dan dia faham dgn cerita2 dlm buku tu. maknanya buku tu mmg sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja. memandangkan adik saya baru berusia 12 tahun, saya fikir kanak2 sekolah rendah pun memahami jalan cerita buku ni. buku ni kalau kita lihat, cerita2 yang ditulis agak santai..penulis menceritakan kisah2 kehidupan yang pernah dia lalui dan juga kisah2 kehidupan orang lain yang boleh dijadikan contoh dan tauladan..

buku ni, ada tiga bahagian. bermula dengan cerita tentang nota hati seorang anak. kemudian diikuti bahagian kedua nota hati seorang suami dan bahagian yang terakahir menegenai nota hati seorang daie. adik saya ada tanya,

kak, daie tu apa? mungkin dia tak pernah perkataan ni. daie tu penyeru atau pendakwah..

saya sempat membaca beberapa tajuk dalam buku ni.setiap cerita yang ditulis mempunyai mesej tertentu. alhamdulillah, saya rasa penulis berjaya menyampaikan mesej di dalam setiap cerita beliau. ada satu tajuk yang ingin saya kongsikan disini..
kisah benar yang jarang-jarang didengar.....
ceritanya begini....terdapat seorang penulis yang sudah berkeluarga. dia bermula dengan kehidupan yang sederhana. tetapi akhirnya kehidupan berubah menjadi lebih senang dan menjadi penulis yang berjaya. bagaimana ia berubah? ceritanya, semasa dia pulang ke kampung halaman, ayahnya sering minta wang darinya sebelum dia berangkat pulang. memandangkan kehidupannya yang agak sukar ketika itu, dia agak keberatan untuk memberi wang kpd bapanya.bila dia mengadu pd ibunya, ibunya menasihatinya agar memberi sahaja wang kpd ayahnya walaupun rm5. dia rasa bersalah untuk memberi wang hanya rm5.semasa perjalanan pulang, dia mendapati di dalam poket seluar anaknya terdapat wang rm10 pemberian ayah kepada anaknya. dia agak terkejut dgn tindakan ayahnya. sedangkan dia hanya memberi wang rm5 tetapi ayahnya memberi rm10 kpd anaknya. itulah yg berlaku tahun demi tahun..setiap kali pulang ke kampung, dia akan beri wang permintaan ayah walaupun pada waktu itu ekonominya agak goyah. pernah satu ketika dia hanya memberi rm2 sahaja kepada ayah..dan seperti biasa, masa pulang ke kota, poket anaknya kan terisi dgn wang pemberian ayah.dia menjadi hairan dgn sikap ayah.nak kata tak ada duit, tapi duit yg ayah bg pd anaknya lebih dr wang yg dia beri pd ayah. dia memikirkan mungkin tindakan ayah itu ada maksud tersirat. mungkin ada sesuatu yg ingin disampaikannya.. kehidupan penulis berubah sedikit demi sedikit. buku yang ditulis semakin mendapat sambutan. dari sebuah kereta kancil ke sebuah kereta yg lebih besar . kehidupanya bertambah senang..tapi permintaan ayah tetap dia tunaikan setiap kali pulang ke kampung. cuma kali ini, wang yg diberi bertambah sedikit dari kebiasaan dan melebihi dari wang yg ayah beri pada anaknya.tapi ayah tetap memberi wang kpd anaknya walaupun kini dia sudah menjadi ahli korporat. dia sedar pemberian ayahnya itu adalah kerana ALLAH..

apa agaknya pengajaran yang kita dapat dalam cerita inI?
-jangan ada dalam diri kita sifat kedekut dengan kedua ibu bapa kita. -tanam dalam diri kita sikap suka memberi kepada ibu bapa dan juga orang lain. -kita perlu berbakti kepada ibu dan bapa.jagan kita lupakan mereka apabila kita sudah senang.

inilah cerita yang jarang kita dengar. moga kita mengambil pengajaran daripada cerita ini. mak selalu cakap. bila dh keje nnt jgn lupa bg duit, kat mak ayah. bukan nk banyak tapi untuk dapat keberkatan dalam hidup.insyaALLAH, dengan memberi kepada kedua ibu bapa, rezeki kita bertambah2 kerana doa ibu bapa sering dimakbulkan oleh ALLAH..

banyak lagi cerita menarik dalam buku ni. boleh la dapatkan di mana2 kedai buku yg berhampiran..insyaALLAH dgn sedikit pelaburan yg kita buat untuk beli buku ni, ianya dapat mengubah hidup kita sebagai seorang anak, suami, dan pendakwah untuk mendapat keredhaan ALLAH...
sumber: telagabiru.net.my dan nota hati seorang lelaki...

fastabiqul khairat...

Wednesday, November 11, 2009

BUKU BARU-TARBIAH ROHANI

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI..

Alhamdulillah, bersyukur kepada ALLAH kerana diberikan nikmat dan kesempatan untuk terus hidup di muka bumi ALLAH ini..dah lama rasanya tak update blog ni..laptop belum sampai dari melaka.agak susah nk guna laptop orang lain..

Alhamdulillah, saya baru selesai sesi temuduga untuk guru siswazah terlatih..lega rasanya.terima kasih pada k.ipar saya yg susah payah bawa saya ke ipoh untuk interview.dengan izin ALLAH, kami bertolak awal pagi dan sampai tepat jam 8 pagi..

Kali ini saya nak kongsi satu lagi buku yang baru saya beli.pertama kali saya tengok cover buku tu, saya dah jatuh cinta.tajuk buku pun dah boleh menarik minat saya untuk beli dan tak sabar nak baca..bila tengok nama penulis buku tu, Hilal Asyraf saya terus tekad nk beli.saya amat berminat dengan penulisan dia di dalam blog beliau, langitilahi.com.dalam usia yang begitu muda, dia berjaya hasilkan buku yang boleh mentarbiyah jiwa dan rohani kita.semua itu dengan izin ALLAH..

Sedikit gambaran tentang buku ini..LANGIT ILAHI..Tuhan tidak lupakan kita

Tiada siapa yang inginkan kehidupan yang sengsara. Mehnah yang ditempuh bagaikan badai yang bisa membuatkan hati yang rapuh cepat tergugah.

Pernah juga terfikir betapa malangya hidup yang hanya ada derita, seolah-olah bahagia itu tidak mahu singgah walau seketika. Sesekali mengadu kepada Tuhan, terasa hina dan kerdilnya menumpang di bumi-Nya.

Menghimpunkan siri tazkirah yang disampaikan dalam bentuk penulisan yang bersahaja, buku ini mudah dihadam dan dihayati satu-persatu. Buku ini mengajak kita untuk kembali meraih kehebatan hamba bersama Tuhan, Pencipta Yang Maha Agung, kerana kita yakin Tuhan tidak pernah sesekali pun lupakan kita!

Buku ni ada banyak tajuk2 kecil. antaranya:

Kita Makhluk Mulia
Hidup Itu Anugerah Allah
Kita Akan Kembali Bertemu-Nya
Bertanam Di Dunia, Menuai Di Akhirat
Matlamat Hidup Kita Ialah Ibadah
Hidup Itu Seluruhnya Ibadah
Hidup Ini Perlu Diisi Dengan Ibadah Untuk Kembali Ke Syurga
Kita Punya Tempat Mengadu

Ada banyak lagi, tapi tak dapat nak senaraikan semuanya..penulis mengulas setiap tajuk dengan begitu terperinci..antara tajuk yang amat terkesan di hati saya ialah,

' Hati yang hidup mendorong anggota melakukan kebaikan.'
Tajuk ini berkaitan tentang hati kita yang sering disebut di dalam Al-Quran sebagai "qalb" yang bermaksud yang berbolak-balik. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"manusia itu dua matanya ibarat petunjuk, dua telinganya ibarat memberi isyarat awas,lisanya sebagai penterjemah, dua tangannya sebagai sayap, dua kakinya ialah perutusan, hatinya pula sebagai raja. kalau rajanya baik, maka baiklah bala tenteranya."

Hati ini ibarat bejana keimanan. jika baik bejana keimanan kita, maka iman kita akan tersimpan dan terjaga dengan baik. tetapi jika bejana iman kita retak, maka iman kita akan perlahan-lahan menyusut dan berkurang. lebih teruk lagi jika bejana keimanan kita pecah, maka tiadalah tempat lagi untuk iman kita berlindung. ibarat seperti sebuah tempayan yang menyimpan air..jika kita mahu air itu elok, maka tempayan itu perlu selalu dicuci dan dijaga dengan baik supaya air di dalamnya tidak kotor..

Jika hati dapat dijaga dengan baik, keimanan dapat mengalir keseluruh pancaindera kita seterusnya mendorong anggota kita untuk melakukan kebaikan.

Banyak lagi tajuk2 yang menarik dalam buku ni..jangan tunggu lagi.dapatkan segera buku ini di pasaran.bagi yang dh memilikinya, alhamdulillh..=)

p/s: jagalah hati kita.jagan biarkan ia berkarat dan terus mati.peringatan buat diri ini juga!

sumber: Langit ilahi dan galeriilmu.com.my

wassalam..

Monday, September 14, 2009

HADIAH UNTUK HANTARAN..

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana dikurniakan nikmat kesihatan yang baik untuk melaksanakan ibadah di dalam bulan yang mulia ini. sedar tak sedar bulan ramadhan hampir ke penghujungnya..walaubagaimanapun kita masih berpeluang untuk melakukan ibadah-ibadah sunat di bulan ini. semoga amal ibadah kita diterima Allah dan terus istiqamah untuk masa-masa akan datang.

Dah hujung-hujung ramadhan ini, mesti ramai yang sibuk dengan persiapan hari raya. sibuk nak buat kuih raya, beli baju raya, persiapan rumah dan sebagainya. tapi kita ingat jangan berlebih lebihan berbelanja. bak kata mak saya 'beli apa yang patut je'.hehe..

Selain dari persiapan hari raya, ada juga yang sibuk dengan persiapan untuk kenduri kahwin. ramai yang ambil peluang untuk buat kenduri di bulan syawal. keluarga saya turut terlibat.keluarga saya akan buat kenduri kahwin abang saya pada hari raya ke enam iaitu 26 september. persiapan pun ala kadar je.=)

Selalunya kalau kenduri ada la hantaran yang kene buat baik sebelah lelaki atau pun perempuan.kalau kita tengok hantaran yang biasa-biasa orang buat selalunya kasut, beg tangan, jam tangan, al -quran dan sebagainya. untuk hantaran abang, saya ada sponser satu barang untuk hantaran.sumbangan yang kecil untuk abang tersayang=). saya bercadang nak beli tafsir. bajet lebih kurang rm50 ke atas. minggu lepas saya ke kedai buku. tujuannya nak cari majalah i keluaran september dan tafsir. majalah i habis di jual. huhu..tapi dengan ehsan tukang kedai tu, dia bagi pada saya majalah i yang telah ditempah oleh sekolah-sekolah dan dia akan cari yang lain sebagai ganti.alhamdulillah.selain tu, dia ada promote pada saya satu majalah bertajuk SOLUSI terbitan telaga biru. majalah tu berkaitan dengan motivasi dan panduan hidup. saya pun belek-belek majalah tu dan saya lihat menarik juga isi kandungannya..banyak info yang menarik untuk dijadikan panduan.cuma harganya mahal sedikit RM9.


Saya teruskan misi mencari tafsir untuk buat hantaran. tapi tak ada yang sesuai. penjual kedai buku tunjukkan pada saya sebuah buku yang bertajuk INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT karya Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid. Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. saya buat keputusan untuk beli. harganya RM55 tapi saya dapat diskaun rm5.pelaburan yang baik saya fikir. buku tu bagus untuk abang saya dan isterinya, insyaALLAH..


BUKU YANG TELAH SIAP DIHIAS DI DALAM BAKUL UNTUK HANTARAN UNTUK PENGANTIN PEREMPUAN..cantik tak?=)

Kepada kawan-kawan yang akan berkahwin nanti, boleh beli buku ini untuk jadikan hantaran kn? =) . semoga ia bermanfaat untuk kita dunia dan akhirat, insyaALLAH..kepada sahabat saya shahirah hanim, yang bakal menjadi isteri pada bulan depan, semoga ukhti dan suami bahagia hingga ke syurga..panjang umur,saya akan ke kenduri enti, insyaALLAH..