Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Wednesday, December 16, 2009

1431H - APA AZAM BARU KITA?

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM...

Tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan meninggalkan tahun ISLAM 1430H dan akan memasuki tahun baru ISLAM 1431H..Bersyukur kerana masih diberi nikmat iman dan islam.moga hati2 kita terus terpaut dengan agama Allah dan terus istiqamah dalam melakukan ibadah dan ketaatan kepadaNYA..

Apa azam kita? masing2 mempunyai azam dan semangat yang berbeza.setiap orang akan berhadapan dengan kehidupan yang berlainan. pengalaman yang lepas kita jadikan sebagai pengajaran dan panduan. yang baik kita jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.


Selamat meyambut Tahun Baru Islam, 1431H..

mari beramal kerana ALLAH

mari berhijrah kerana ALLAH....



MARI SAHABAT-SAHABAT KITA LUANGKAN SEDIKIT MASA HARI INI UNTUK KITA SAMA-SAMA MEMBACA DOA AWAL TAHUN DAN AKHIT TAHUN. MARI KITA MENCARI KEREDHAAN ALLAH.MOGA DIAMPUNKAN DOSA DAN DITERIMA SEGALA AMALAN KITA.MOGA KITA SEMUA SENTIASA DIBERKATI OLEH ALLAH..

Doa Akhir Tahun

Bacalah doa ini tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, boleh dilakukan selepas asar atau sebelum maghrib pada tanggal 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon ketika kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini akan mendapatkan ampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diridhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal soleh tersebut diterima oleh Allah Swt.


Artinya:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya All

ah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu

ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu. Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah. Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.



Doa Awal Tahun


Bacalah doa ini tiga kali saat kita memasuki tanggal 1 Muharam. Boleh dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai Mu'min memohon kepada Allah Swt. agar dalam memasuki tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan.



Artinya:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.

Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.



TINGKATKAN AMALAN.JAUHI KEMUNGKARAN.MOGA DIBERI KEKUATAN PADA KITA UNTUK MELALUI KEHIDUPAN YANG MENDATANG...fastabiqul khairat..=)



Wednesday, November 25, 2009

SYAHADATUL HAQ

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..Subhanallah, Alhamdulillah, Allahukbar..

Alhamdulillah, program di rumah ansar berjalan dengan lancar selama 2 hari.jazakumullahu khairan kathira kepada penghuni ansar.semoga ALLAH merahmati kalian..insyaALLAH, sedikit perkongsian dari saya..

SYAHADATUL AL-HAQ?


Apa maksud SYAHADATUL HAQ? mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin juga yang pernah dengar ungkapan ini. insyaALLAH, saya akan cuba sampaikan sedikit sebanyak mengenai Syahadatul Al-Haq..

Kalimah Syahadah yang selalu kita baca di dalam solat yang membawa maksud;

"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah."


Syahadah- penyaksian

Al-Haq - kebenaran


Syahadatul Haq memberi makna kepada penyaksian terhadap kebenaran


SYAHADATUL AL-HAQ bermaksud Pengakuan Sebenar Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah. seruan ini dikemukakan oleh Sayyid Abu al-A’la al-Maududi seorang ‘alim, malah seorang pemikir Islam kontemporari yang terulung serta pengasas al-Jama’ah al-Islamiyyah di Benua India. Seruan ini menjelaskan kepada masyarakat tentang dakwah islamiyyah.


“Syahadah Al-Haq” bukan sekadar mengimani kewujudan Allah, malaikatNya, kitabNya, rasulNya dan hari akhirat. Malah tanggungjawab syahadah ini juga tidak cukup setakat mendirikan sembahyang, puasa, zakat dan haji. Syahadah ini hanya terlaksana apabila orang-orang yang beriman menyampaikan kalimah hak ke seluruh bangsa manusia dalam bentuk amal soleh, akhlak yang terpuji dan pemerintahan yang adil. Maksudnya di sina adalah kita perlu melaksankan tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran.


Walaupun kita telah menunaikan semua kewajipan fardu, kita masih belum dikira sebagai melaksanakan dan membuat penyaksian terhadap kebenaran syahadah kita, selagi mana kita tidak MENYAMPAIKAN penyaksian kebenaran kita kepada umat manusia, yakni menyampaikan risalah Islam, atau dalam erti kata yang lain, MELAKSANAKAN DAKWAH dan menjadi Da'ie !


Di zaman teknologi ini, pelbagai cara dapat kita lakukan untuk menyampaikan dakwah ini, contonya,blog, facebook, friendster, YM dan sebagainya. ini merupakan salah satu cara melalui penulisan untuk menyampaiakan dakwah kepada manusia lain.


Sebenarnya apabila kita mengakui Allah sebagai tuhan dan Islam sebagai agama kemudian kita lafazkan syahadah yang sebenar (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah), kita sepatutnya merasai tanggungjawab yang perlu kita laksanakan sebaik sahaja kita melafazkan syahadah ini.

Tanggungjawab ini ialah kita melaksanakan di hadapan seluruh alam ini segala hak Syahadah Al-Haq (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah) yang kita imani dan kita akui sebagai agama kita.

Hak syahadah ini perlu dilaksanakan dengan cara kita menyampaikan kalimah hak ini ke seluruh bangsa manusia, melalui amalan soleh yang kita lakukan, melalui akhlak terpuji yang kita miliki serta melalui pemerintahan kita yang adil dan betul supaya pada hari di mana segala saksi bangkit menyatakan penyaksian mereka, semua manusia tunduk di bawah hujah Allah dan mereka tidak dapat menafikan bahawa dakwah para nabi dan kalimah hak ini telah sampai ke gegendang telinga mereka. Allah Taala berfirman:

وَكَذَٲلِكَ جَعَلۡنَـٰكُمۡ أُمَّةً۬ وَسَطً۬ا لِّتَڪُونُواْ شُہَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدً۬ا‌ۗ

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad)satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang membenarkan kebenaran perbuatan kamu.(Al-Baqarah:143)


Kalimah ummatan wasato atau umat pertengahan merujuk kepada tugas kita untuk menyampaikan dakwah ke seluruh manusia. Rasul menjadi saksi di atas segala perbuatan kita. Kita sebagai umat pertengahan perlu menyambung tugas dakwah Rasulullah dan kita menjadi saksi di atas segala perbuatan manusia lain.



Sebenarnya besar kan tanggungjawab kita?adakah kita telah melaksanakannya?kita tidak boleh berpeluk tubuh dan berdiam diri sahaja tanpa memikirkan dan melaksanakan tanggungjawab yang penting ini.

Bagaimana pula jika kita menolak atau menyembunyikan syahadah ini?

وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن كَتَمَ شَهَـٰدَةً عِندَهُ ۥ مِنَ ٱللَّهِ‌ۗ

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? (AlBaqarah (2:140)


Lihatlah kaum Yahudi yang telah dianugerahkan takhta syahadah ini sebelum kita. Malangnya ada kala mereka menyembunyikan syahadah ini dan ada kalanya mereka mengakui kebenaran syahadah ini, menurut kemahuan mereka yang berniat jahat. Malahan mereka tenggelam dalam kezaliman. Akhirnya segala amalan dan syahadah mereka digunakan bagi menegakkan kepalsuan dan menidakkan kebenaran. Justeru itu mereka layak menerima laknat selama-lamanya. Oleh itu mereka ditimpa kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka menerima kemurkaan Allah sebagaimana dinyatakan sendiri oleh wahyu Allah.

Mereka adalah golongan yang engkar kepada untuk memikul beban dakwah ini tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran.

Satu analogi yang boleh kita lihat dalam perihal menyembunyikan kebenaran ini;

Pn A menyaksikan satu kemalagan jalan raya diantara seorang perempuan yang mengandung dengan sebuah kereta. pemandu kereta itu melarikan diri. di sini Pn A merupakan saksi di atas kejadian tersebut. apakah akan berlaku kepada perempuan mengandung itu sekiranya Pn. A menyembunyikan kebenaran?Adakah nasib perempuan mengandung itu akan terbela?

Begitu juga dengan kita, sekiranya kita terus menyembunyikan kebenaran ini, manusia lain akan sentiasa berada di dalam kesesatan dan kerugian..

Maksud syahadah (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah) yang diletakkan ke bahu kita selepas ketiadaan Nabi Muhammad s.a.w. ini ialah kita menjelaskan kepada seluruh manusia tentang kebenaran yang nyata ini dan kita bimbing mereka untuk melalui satu-satunya jalan yang menghubungkan mereka ke arah kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kita tunjukkan kepada mereka pendekatan sebenar yang telah ditunjukkan oleh Allah, kita tunjukkan segala petunjuk dan arah tujunya yang merupakan satu-satunya pendekatan yang betul dan diredai oleh Allah. Satu-satunya pendekatan yang akan membawa kebahagiaan kepada seluruh manusia.


1. Wahai orang-orang yang berselimut.
2. Bangunlah, lalu berilah peringatan !

(Surah Al-Mudassir)


AYUH! mari kita sama-sama bangun dan sedar akan tanggungjawab yang perlu kita laksankan ini. semoga kita diberikan kekuatan di jalan dakwah ini. semoga kita tidak tergolong dikalangan orang-orang yang ingkar. Na'udzubillah min dzalik.


sumber: Syahadah Al-Haq-Penyaksian Terhadap Kebenaran (Sheikh Abul Al-A'la Al-Maududi)


fastabiqul khairat..