Showing posts with label diri dan keluarga. Show all posts
Showing posts with label diri dan keluarga. Show all posts

Friday, January 22, 2010

BUATMU..moga mak tenang selalu...


Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya


17 janauri 2010:12.46 a.m-ayah kembali ke rahmatullah.moga ayah tenang di sana.moga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beramal soleh dan beriman.buat sahabat2 dan DL2, jazakillah atas doa kalian..alhamdulillah, mun sekeluarga tenang menghadapi ujian ini..

Monday, December 21, 2009

4.44 p.m-21.12.09

Alhamdulillah...penantianku berakhir...=)

21.12.09, Seawal jam 8 pagi aku dh berada depan laptop.aku semangat nk buka website KPM (http://www.moe.gov.my/). salah satu website yang kerap aku buka untuk beberapa minggu yang lepas.hampir setiap hari aku buka.tapi jawapannya tetap sama..tiada perkembangan terkini..huhu..tapi aku tetap sabar menununggu...

Jam menunujukkan tepat jam 9 pagi.debaran semakin terasa..seperti biasa website KPM menjadi pilihan.aku dan kawan2 yang belum tahu tempat untuk posting memang excited sangat nak buka website kpm pagi tu.mak dan ayah pun excited jugak nk tahu anak dia ni dapat mengajar kat mana.hehe.21.12.09 tairkh yg fatni inform minggu lepas. result posting akan keluar..tapi still xada perkembangan terbaru. tiada berita tentang posting...tertipu lagi ke?huhu...

Buka FB pulak nk tahu perkembangan terbaru kawan2 yang lain. jeles jugak bila dapat tahu ada kawan2 yang dh tahu dapat mana.ada yang dapat johor, selangor dan KL..mereka dapat tahu awal lagi.. sejak minggu lepas lagi dah boleh semak nama kat JPN. cek jugak kat JPN Perak tapi nama xada.ada jugak yg dah dapat surat..huhu..

Malas dah nk tunggu depan laptop. sambung buat kerja2 rumah la pulak..rasa susah hati jugak. terpikir2 jugak kalau tak dapat posting.pujuk hati.insyaALLAH,dapat. rezeki tu kan dari ALLAH..

"kak, dapat mana? "adik pun sibuk jugak nk tahu saya dapat mana..

"tak tau lagi.." dengan nada sedih.huhu
Tiba2 teringat kat fatni. fatni banyak tolong saya dan kawan2 pasal posting ni.dia turun naik ke KPM..TERIMA KASIH, FATNI..moga Allah membalas jasamu..mesej fatni nak bg tahu dia result xade lagi kat website. dia seperti biasa mesti reply mesej walaupun saya rasa dia sibuk dengan kerja2 lain. dia bagi no. telefon KPM bahagian sek. men. katanya boleh semak nama kat bahagian tu. saya foward mesej tu pada sahabat saya, nani..tapi saya tak cuba call pun..bila buka FB, dapat tahu nani dapat matrik.dapat mengajar kat matrik.memang terkejut jugak.tak jangka akan ada yang dapat matrik. rupa2nya ramai yang dapat matrik. seronoknya..mesti mereka rasa lega dah tahu dapat posting.

"telefon la kpm".. dr awal lagi mak suruh telefon kpm

"akak nk tunggu posmen dulu. kalau xade surat br nk telefon."
Sejak dari minggu lepas lagi, hari2 tunggu posmen..selalunya posmen akan datang pukul 2 ke atas. tunggu punya tunggu, akhirnya sampai jugak abg posmen..orang yang paling excited nk tahu , adik yang bongsu.dia kalut nk p tengok surat..

"kak, xade surat.."

"xpe la.jap lg akak call kpm."

banyak kali cuba call KPM tapi tak dapat. line busy sgt. mesti ramai yang cuba call..cuba lagi..still tak dapt jugak..huhu..

Rehat jap la. sambung baca buku Nota Hati Seorang Lelaki.ada sikit lagi nk habis..=)

Tiba2 rasa nk try sekali lg. ikut gerak hati nk cuba call sekali lagi. alhamdulillah, dapat.panggilan dijawab oleh seorang perempuan.kerani agaknya. seronok sgt..dia minta no ic untuk buat semakan. gagap jugak la time tu.berdebar2 la katakan..hehe.

"munirah bt. azizi" soal kerani tu.
"ya"..

"ok. awak dapat SBP. sekolah berasrama penuh.."
"ok.terima kasih.." masa ni tengah senyum sampai ke telinga..hehe

syukur sgt2 dh dapat. insan pertama yg tahu berita gembira ni, mak..satu ciuman untuk mak.mmmuah!=)

akhirnya, dapat jugak..gembira sgt2. dh berminggu2 sabar menunggu.akhirnya terjawab jugak penantian selama beberapa bulan yang lalu..

teringat satu ungkapan oleh seorang lecturer masa kt UM dulu..

"nak jadi cikgu.nk jadi cikgu"..
ungkapan ni selalu sangat dia ulang2 dalam kelas dulu.. sekarang ni memang seronok sangat dapat jd cikgu.moga keseronokan hari ni nk jadi cikgu berkekalan sampai bila2.tak akan pudar.cabaran mendatang lebih hebat.moga diberi kekuatan untuk menghadapinya.

Kapada kawan2 yang berjaya dapat posting, tahniah2!. didiklah dengan penuh rasa ikhlas kerana ALLAH. moga terus tabah dan sabar dalam mendidik.dimana kita berada, itulah yang terbaik untuk kita.Allah dh tentukan apa yang terbaik untuk kita dan perancangan ALLAH itu lebih tepat..didiklah mereka supaya menjadi anak2 yang cinta dan dapat berbakti kepada AGAMA, BANGSA dan NEGARA...selamat mengajar kawan2ku.selamat menambah ilmu dan selamat berjuang dunia dan akhirat.
akhirnya, penantianku berakhir pada 21.12.09 jam 4.44 p.m..alhamdulillah..=)

"boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."(2:216)



Sunday, August 23, 2009

alhamdulillah..dah konvo

salam ramadhan buat semua..

semoga ramadhan kali ini memberi 1001 hikmah yang berguna buat kita semua.apa azam kita ramadhan kali ini? banyakkanlah membaca al-quran ya..alhamdulillah, majlis konvokesyen dah selesai.tahniah kepada sahabat2 yang dah konvo.smga terus berjaya mengejar cita2..sekarang tgh tunggu posting untuk mengajar. harap dapat sekolah area perak. klau boleh area taiping.dekat dengan family.hehe.. terima kasih mak ayah atas segala pengorbanan..jasamu kukenang selalu..


bergambar di masjid ar rahman, masjid dekat dgn UM..


bagaimana hala tuju selepas ini? perancanagan awal nak berehat dulu kat rumah..nak bersama family..start form 1 duk asrama sampai form 5. lps tu belajar kat matrikulasi perlis..then sambung belajar kat um. bila dikira2 lebih kurang 10 tahun tak duk dgn family..huhu..tp pengalaman mematangkan diri.. kehidupan zaman sekolah tak sama dengan universiti. universiti mencorakkan saya. bagaimana saya memilih kawan dan sebagainya..Alhamdulillah, di um saya kenal dengan sahabat2 yang banyak membantu waktu susah dan senang.. cik mar dan cik nad, semoga jalinan ukhwah kita berkekalan..insyaALLAH..TAHNIAH jugak untuk cik nad dan cik mar. semoga jadi pendidik yang bejiwa kental dan berjaya mendidik anak2 bangsa...



Friday, July 17, 2009

ALHAMDULILLAH..

salam perjuangan...

Dah lama tak update blog..huhu..tak ada peluang sbb sibuk dgn praktikal dan ada masalah dgn connection..actulally nk ucap tahniah buat sahabat-sahabat yang dah habis buat praktikal di sekolah..mesti macam-macam pengalaman yang kita dapat sepanjang paraktikal kan..

nak kongsi dengan kawan-kawan semua tp tak dapat nk kongsi sekarang..insyaALLLAH akan datang..kepada shbt-shbt yang akan konvo tahniah diucapkan..semoga terus berjaya dalam bidang yang diceburi..juga tahniah buat sahabat-sahabat yang akan mendirikan ruamahtangga selepas ini..syoknya..=)..

Monday, April 27, 2009

AKHIRNYA, kutemui jua...

Alhamdulillah..akhirnya dpt juga rumah sewa untuk latihan mengajar..terima kasih atas doa mak ayah dan sahabat2..3 kali usaha pencarian, akhirnya ALLAH beri petunjuk..kunci utamanya adalah sabar..ada hikmah disebalik kepayahan nk cr rumah sewa..ALLAH lebih mengetahui dr hamba2NYA..mungkin ini yg terbaik untuk saya dan nadia..
Hakikat sabar

Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin rahimahullah berkata "Sabar adalah meneguhkan diri dalam menjalankan ketaatan kepada Allah, menahannya dari perbuatan maksiat kepada Allah, serta menjaganya dari perasaan dan sikap marah dalam menghadapi takdir Allah.." sabar itu terbahagi kepada tiga:
1. bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah
2. bersabar untuk tidak melakukan hal-hal yang diharamkan Allah
3. bersabar dalam menghadapi takdir-takdir Allah yang dialaminya, berupa berbagai hal yang
menyakitkan dan gangguan yang timbul di luar kekuasaan manusia ataupun yang berasal
dari orang lain.
(Syarh Tsalatsatul Ushul, 24)

"mereka itulah orang-orang yang dibalas dengan kedudukan-kedudukan tinggi (di syurga) dengan sebab kesabaran mereka" (25:75)
Sabar tangga kejayaan

sifat sabar jika dapat dipimpin dengan baik, tidak mustahil boleh menjadi kuasa dorong yang berkesan memacu seseorang ke arah kejayaan.

"Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)".(2:200)

Daripada ayat di atas menunjukkan kejayaan yang bakal diperoleh bagi orang yang bersabar, merangkumi pelbagai aspek kehidupan, sama ada urusan akhirat atau dunia.

Kepada rakan-rakan yang akan menghadapi LM.. Bersabarlah kita untuk berhadapan dengan guru-guru dan pelajar-pelajar di sekolah nanti.anggaplah ini sebagai cabaran pertama yang perlu kita hadapi..tabah dan tenang dengan pelbagai kerenah yang akan kita tempuh..=) apa yang penting? ikhlas untuk mendidik anak2 bangsa kita..smga berjumpa lagi.. all the best!

Thursday, April 23, 2009

sayang mak, sayang ayah..=)


Tgh syok2 study, tiba2 teringat kat mak..mak tgh buat apa ye skrg? dh jmpa mggu lps, tp rasa rindu nk blk lg..mggu lps balik tpg 4 hari..puas jgk la walaupun sat je..kalau dh jmpa mak mcm2 la nk story..lps satu crita satu crita..sambil2 bercerita mak duk pesan mcm2..bila tgk muka mak, mcm2 perasaan ada. mcm mana la mak membesarkan kami 8 beradik, 5 putera dan 3 puteri..penuh dgn kesabaran nk layan kerenah anak2..mak tak pernah mengeluh mendidik dan mengjar kami..tak prnh rasa kurang layanan yg mak dan ayah bagi pada kami..berbuat baiklah kita terhadap ibu bapa..sebagai anak kita ada tanggungjawab yg perlu kita tunaikan untuk mak ayah..antaranya mendoakan kebahagiaan mak ayah dan menjaga maruah mak ayah..mak ayah, akak akan buat yg terbaik untuk mak ayah..
"ya Tuhanku, ampunilah dosa2 ku, dosa kedua ibu bapaku..rahmatilah mereka sepertimana mereka mengasihi aku sewaktu kecil"..ameen...