Sunday, September 20, 2009

RINGKASAN KHUTBAH RAYA AIDILFITRI-1 SYAWAL 1430H

Salam lebaran untuk semua muslimin dan muslimat. Alahamdulillah, semua umat islam di seluruh dunia menyambut 1 syawal.AYUH!kita sambut bulan syawal ini dengan penuh rasa kesyukuran kepada penciptaNya.semoga Allah menerima semua ibadah kita di bulan Ramadhan dan ia menjadi satu latihan kepada kita untuk terus istiqamah di bulan-bulan lain. Semoga kita dapat bertemu kembali ramadhan akan datang. Banyak perkara-perkara sunat yang dapat kita lakukan di pagi raya.Antaranya, sunat menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya, kerana ia adalah perkara yang paling penting dan utama dalam kita menyambut Hari Raya daripada perkara-perkara sunat yang lain.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam riwayat Al-Imam Al-Bukhari maksudnya:

"Dari Al-Bara' bin 'Azib ia berkata: Sabda Nabi s.a.w, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah sembahyang."

Seperti setiap tahun, saya dan juga keluarga akan ke surau berhampiran rumah untuk melakukan solat sunat hari raya. Tahun ini solat sunat hari raya dijalankan tepat jam 9 pagi.Alhamdulillah, ramai jemaah yang hadir, penuh surau sampai ada yang solat di luar. saya dan mak dapar sof belakang sekali kerana datang agak lewat sedikit ke surau tapi masih berpeluang untuk melakukan ibadah sunat ini.

Selesai solat sunat hari raya, imam membacakan khutbah hari raya diantara salah satu rukun bagi solat sunat hari raya. berbeza dengan solat jumaat, khutbah dibacakan sebelum menunaikan solat jumaat. isi khutbah yang dibacakan oleh imam benar-benar menyentuh hati saya. sedikit sebanyak ia membuatkan saya untuk bermuhasabah diri dan merenung kembali hakikat dan tujuan sebenar Allah s.w.t menjadikan kita di muka bumi. Sedikit pengisian dan ringkasan khutbah hari raya yang ingin saya kongsikan di sini.

RINGKASAN KHUTBAH HARI RAYA

Allah menyediakan peraturan kepada kita demi untuk keselamatan di dunia dan di akhirat dan kita wajib mematuhinya. Terdapat dua peringkat peraturan (sunnatullah) yang telah ditetapkan oleh Allah iaitu karhan dan tau'an.

Peringkat karhan:
Karhan adalah satu peraturan yang dijadikan Allah kepada manusia dan kita mesti menerimanya. sekiranya kita menolak akan mendatangkan kemusnahan. Sunnatullah itu seperti manusia sudah ditetapakan untuk bernafas dengan oksigen. jika kita gantikan oksigen dengan air manusia akan mati. contoh lain seperti, berjalan menggunakan kaki, melihat dengan mata, mendengar dengan telinga. jika ditukar, kita akan binasa.

Firman Allah dalam surah Ar Ra'd ayat 15 yang membawa maksud;


"dan kepada Allah jualah sekalian makhluk Yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada Dengan sukarela atau Dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang."

Peringkat tauan:
Di peringkat ini pula, manusia tidak dipaksa untuk menerimanya.Manusia yang ingin selamat mestilah menyembah Allah dan meninggalkan larangannya. melaksanakan peraturan seperti solat, menutup aurat berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan lain-lain ibadah lagi. tapi apa yang kita lihat masa kini, ramai yang tidak mengikut dan menolak peraturan ini.

Banyak lagi yang disentuh di dalam khutbah raya seperti wabak H1N1 yang melanda hampir semua negara. Bala ini adalah ujian ALLAH kepada manusia yang membuat dosa supaya kembali kapadaNya.

Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 155 yang membawa maksud;

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar"

Kesimpulan dari khutbah:

1. Segala perbuatan dan tindak tanduk kita mestilah untuk mendapat keredhaan Allah.

2. Ramadhan adalah bulan mengumpul bekalan untuk perjalanan hidup bagi 11 bulan mendatang.

3. Hawa nafsu dapat boleh ditewaskan dengan mengingati ALLAH.

4. Syawal adalah bulan kemenangan dan membina silaturrahim sesama umat islam.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN

UNTUKMU WANITA

waniTa solehah

yang melindungi diri dan
hatinya dengan malu,
Yang menabur kesopanan
setiap penjuru,
Yang merendah suaranya,
yang seNtiasa ceKal dan taBAh
hatinYa,
yaNg tidak patah semangat wajanya,
yang memenuhkan hatinya
dengankeinsafan,
yang mengosongkan kalbunya
dengan dendam,
yang menyemarakkan kasturi
di kelompok iman...
Dipandang dari peribadinya,
dilihat dari akhlaknya,
dinilai dari kesabarannya,
DitinJau dari sifat keibuannya,
ALLAH dibesarkan dalam solatnya,
Puasa dijadikan tradisi,
Al-Quran menjadi hiburan dan akhbarnya,
jiHad menjadi
gelanggangnya...

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI DARI SAYA SEKELUARGA..SAMBUTLAH LEBARAN DENGAN GEMBIRA BERSAMA INSAN-INSAN TERSAYANG...MOHON AMPUN DAN MAAF SEGALA SILAP DAN SALAH..SEMOGA BERBAHAGIA DI HARI RAYA INI..SAMBUTLAH HARI RAYA DENGAN BERSEDERHANA..INGATLAH INSAN-INSAN YANG KURANG UPAYA..

Monday, September 14, 2009

HADIAH UNTUK HANTARAN..

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana dikurniakan nikmat kesihatan yang baik untuk melaksanakan ibadah di dalam bulan yang mulia ini. sedar tak sedar bulan ramadhan hampir ke penghujungnya..walaubagaimanapun kita masih berpeluang untuk melakukan ibadah-ibadah sunat di bulan ini. semoga amal ibadah kita diterima Allah dan terus istiqamah untuk masa-masa akan datang.

Dah hujung-hujung ramadhan ini, mesti ramai yang sibuk dengan persiapan hari raya. sibuk nak buat kuih raya, beli baju raya, persiapan rumah dan sebagainya. tapi kita ingat jangan berlebih lebihan berbelanja. bak kata mak saya 'beli apa yang patut je'.hehe..

Selain dari persiapan hari raya, ada juga yang sibuk dengan persiapan untuk kenduri kahwin. ramai yang ambil peluang untuk buat kenduri di bulan syawal. keluarga saya turut terlibat.keluarga saya akan buat kenduri kahwin abang saya pada hari raya ke enam iaitu 26 september. persiapan pun ala kadar je.=)

Selalunya kalau kenduri ada la hantaran yang kene buat baik sebelah lelaki atau pun perempuan.kalau kita tengok hantaran yang biasa-biasa orang buat selalunya kasut, beg tangan, jam tangan, al -quran dan sebagainya. untuk hantaran abang, saya ada sponser satu barang untuk hantaran.sumbangan yang kecil untuk abang tersayang=). saya bercadang nak beli tafsir. bajet lebih kurang rm50 ke atas. minggu lepas saya ke kedai buku. tujuannya nak cari majalah i keluaran september dan tafsir. majalah i habis di jual. huhu..tapi dengan ehsan tukang kedai tu, dia bagi pada saya majalah i yang telah ditempah oleh sekolah-sekolah dan dia akan cari yang lain sebagai ganti.alhamdulillah.selain tu, dia ada promote pada saya satu majalah bertajuk SOLUSI terbitan telaga biru. majalah tu berkaitan dengan motivasi dan panduan hidup. saya pun belek-belek majalah tu dan saya lihat menarik juga isi kandungannya..banyak info yang menarik untuk dijadikan panduan.cuma harganya mahal sedikit RM9.


Saya teruskan misi mencari tafsir untuk buat hantaran. tapi tak ada yang sesuai. penjual kedai buku tunjukkan pada saya sebuah buku yang bertajuk INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT karya Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid. Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. saya buat keputusan untuk beli. harganya RM55 tapi saya dapat diskaun rm5.pelaburan yang baik saya fikir. buku tu bagus untuk abang saya dan isterinya, insyaALLAH..


BUKU YANG TELAH SIAP DIHIAS DI DALAM BAKUL UNTUK HANTARAN UNTUK PENGANTIN PEREMPUAN..cantik tak?=)

Kepada kawan-kawan yang akan berkahwin nanti, boleh beli buku ini untuk jadikan hantaran kn? =) . semoga ia bermanfaat untuk kita dunia dan akhirat, insyaALLAH..kepada sahabat saya shahirah hanim, yang bakal menjadi isteri pada bulan depan, semoga ukhti dan suami bahagia hingga ke syurga..panjang umur,saya akan ke kenduri enti, insyaALLAH..