Friday, March 27, 2009

ADAB-ADAB TERHADAP AL-QURAN

“ sesungguhnya, Allah dengan kitab ini (al-quran) meninggikan darjat suatu kaum dan menjatuhkan darjat kaum lain”. (HR. Muslim)

Maksud hadis tersebut, barang siapa yang berpedoman dan mengamalkan isi al-quran, maka ALLAH akan meninggikan darjatnya, tapi barang siapa yang tidak beriman kepada al-quran, maka ALLAH akan menghinakannya dan merendahkan darjatnya.


Meletakkan al-quran dengan bahagian Al-fatihah di atas.

Melatakkan al-quran di atas kitab-kitab (buku) yang lain.

Jangan membawa al-quran ke negeri musuh islam. Dikhuartirkan al-quran akan dirosakkan mereka. (HR.Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah)

Jangan berdebat dengan al-quran. (HR. Baihaqi, Ibnu Majah, Al Hakim)

Seseorang yang telah menghafal al-quran, atau sebahagian ayat-ayatnya, janagan mengatakan, “saya lupa ayat ini…,” tetapi katalah “ saya dilupakan oleh ALLAH ayat ini. ..” (HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan Ahmad)

Empat golongan yang dilarang memefang al-qura: orang junub, orang haid, orang nifas dan orang kafir.

Jangan melonjorkan kaki sekiranya al-quran terdapat di hadapan atau menyentuhnya dengan kaki. (Abu Nasir)

Al-quran tidak boleh dijadikan bantal atau alas. (HR. Tabrani dan Baihaqi)

Al-quran tidak boleh dilangkah. (Ibnu Hajar Asqalani)

Sayidina Umar suka melihat orang yang membaca al-quran memakai baju putih.( Imam Malik)

Ketika khatam al-quran disunnahkan agar :

memperbanyakkan takbir dan tahmid

mengumpulkan keluarga dan berdoa bersama-sama. (Ibnu Nazar)

sumber: majalah i keluaran februari 2009

2 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Teruskan menulis,ukhti...

    Mungkin sebagai cadangan, nti boleh kongsikan ilmu melalui pengalaman hidup nti yg bungkin berbeza dgn orang lain. Agar muslim yg lain dapat hargai Islam yg mereka anuti..

    Teruskan menulis, wahai srikandi Islam...

    :)

    ReplyDelete