Saturday, April 4, 2009

IT

salam perjuangan..

ilmu + taqwa = minda muslim super..formula ni datangnya daripada satu sesi
ceramah yang saya hadiri di uitm shah alam pada 2 minggu lepas..jauh perjalanan nk ke sana..mujur la adik miha bawak kereta.boleh la menumpang..=) ceramah tu disampaikan oleh DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN dtg jauh dari penang..ada dua sesi ceramah, sesi pertama berkenaan dgn ilmu dan sesi kedua bersambung lps makan pagi berkenaan dengan taqwa..apa kaitan ilmu dengan taqwa?
pada awalnya saya pun tak faham..alhamdulillah, di akhir ceramah saya dapat mesej yang diasampaikan oleh penceramah.. saya akan kongsi serba sedikit ilmu yang saya dapat dari sana..

Formula IT untuk kecermerlangan oleh Dr. Danial Zainal Abidin

I untuk ILMU..

mereka yang berjaya amat mementingkan akal justeru mereka menjaga dan membajainya dengan ilmu..nabi adam, sebagai khalifah pertama di muka bumi, diajar dengan pelbagai ilmu terlebih dahulu sebelum dilantik menjadi khalifah..dalam surah al baqarah ayat 31:31. dan Allah telah mengajarkan Nabi Adam, akan Segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan Yang benar".

Imam Ibnu Khathir di dalam Tafsir al-quran Al-Aazim berkata, Allah mengajar Adam tentang setiap perkara sama ada yang berkaitan dengan zat sesuatu benda, sifatnya atau perbuatannya..

Dengan ilmu, karat jahiliah yang terdapat dalam diri seseorang dapat dikikis dan hasilnya ialah insan yang berkualiti. Dalam satu hadith nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan muslim “manusia itu ibarat lombong emas dan perak. Mereka yang baik di masa jahiliah akan menjadi lebih baik dalam islam apabila mereka mempunyai ilmu yang lebih mantap.” Lebih dari itu, ilmu memudahkan perjalanan seseorang ke syurga. Mengikut Imam muslim, nabi bersabda “ sesiapa yang mengikut suatu jalan untuk mendapatkan ilmu, ALLAH mempermudahkan baginya jalan ke syurga.”

T untuk TAKWA

Takwa merupakan kekuatan dalaman yang hebat lagi unik. Takwa bermaksud berhati-hati dalam hidup agar tidak melakukan sesuatu yang haram serta bersungguh-sungguh dalam melaksanakan setiap amal ibadah yang dituntut. Dalam surah Ali Imran ayat 102-103- Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah Dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan Dalam keadaan Islam dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

Apa yang dimaksudkan dengan sebenar-sebenar takwa? Sahabat Abdullah ibn Masud mentafsirkan “sebenar-benar takwa” sebagai melaksanakan taat jangan bermaksiat, sentiasa mengingatiNya jangan alpa dan sentiasa bersyukur jangan kufur.

TAKWA DAN KECEMERLANGAN.

Takwa menjamin kejayaan dan kecemerlangan umat islam. Dalam surah Al-Talaq ayat 2-3 Allah menjelaskan “Barang siapa yang bertakwa kepada ALLAH, Dia akan adakan baginya jalan keluar dan Allah akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya.” Ayat ini jelas menunjukkan bahawa, mereka yang bertakwa akan diilhamkan Allah dengan petunjuk dan petunjuk ini mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Lebih dari itu, takwa juga memurahkan rezeki mereka di dunia. Jelaslah di sini, islam memfokuskan kepentingan dunia dan juga kepentingan akhirat dan islam mahu kedua-duanya dicapai diatas landasan takwa..

Sekadar perkongsian bersama…




No comments:

Post a Comment