teringat perbualan saya dgn adik miha semasa perjalanan ke shah alam pada 3 minngu lps, miha mulakan bicara dgn menanya soalan kpd saya..
miha: k.mun, kenapa kita buat solat sunat atau ibadah2 sunat yg lain?
saya: untuk menampung solat atau ibadah wajib..
miha: betul..tp tu jawapan skima..=) saya bg satu analogi yg ada kaitan dgn solat sunat dan ibadah sunat..seorg bapa memesan kpd anaknya supaya mengangkat kain jika hujan turun..selepas pulang dr kerja bapa melihat kain sdh tiada di ampaian.lalu bapa masuk ke rumah. bapa mencari kain yg telah diangkat, tp tak jumpa..rupa2nya, si anak td bukan shj telah mengangkat kain, tp telah lipat kain2 tersebut..so, apa perasan bapa apabila anak dia buat mcm tu?
saya: suka dan seronok..
miha: btl..bapa tentu rasa sgt syg pada anknya sbb anak dia buat lbh dr yg disuruh..nk kaitkan dgn ibadah sunat yg kita buat, jika kita buat ibadah-ibadah sunat, ALLAH akn lebih sayang kpd kita..
saya: oo..btl tu..best la analogi tu..
miha: mmg best pun..saya dpt dr us hasrizal..=)
perjalanan diteruskan ke shah alam..saya terpikir ALLAH sgt pemurah kpd hamba2nya..dalam surah al imran ayat 195: "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang Yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya Yang lain; maka orang-orang Yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan Yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga Yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan Yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan Yang terbunuh (gugur Syahid Dalam perang Sabil) - Sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan Sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. dan di sisi Allah jualah pahala Yang sebaik-baiknya (bagi mereka Yang beramal soleh)".
catatan nota matematik versi 2016
8 years ago
No comments:
Post a Comment