Monday, April 27, 2009

AKHIRNYA, kutemui jua...

Alhamdulillah..akhirnya dpt juga rumah sewa untuk latihan mengajar..terima kasih atas doa mak ayah dan sahabat2..3 kali usaha pencarian, akhirnya ALLAH beri petunjuk..kunci utamanya adalah sabar..ada hikmah disebalik kepayahan nk cr rumah sewa..ALLAH lebih mengetahui dr hamba2NYA..mungkin ini yg terbaik untuk saya dan nadia..
Hakikat sabar

Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin rahimahullah berkata "Sabar adalah meneguhkan diri dalam menjalankan ketaatan kepada Allah, menahannya dari perbuatan maksiat kepada Allah, serta menjaganya dari perasaan dan sikap marah dalam menghadapi takdir Allah.." sabar itu terbahagi kepada tiga:
1. bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah
2. bersabar untuk tidak melakukan hal-hal yang diharamkan Allah
3. bersabar dalam menghadapi takdir-takdir Allah yang dialaminya, berupa berbagai hal yang
menyakitkan dan gangguan yang timbul di luar kekuasaan manusia ataupun yang berasal
dari orang lain.
(Syarh Tsalatsatul Ushul, 24)

"mereka itulah orang-orang yang dibalas dengan kedudukan-kedudukan tinggi (di syurga) dengan sebab kesabaran mereka" (25:75)
Sabar tangga kejayaan

sifat sabar jika dapat dipimpin dengan baik, tidak mustahil boleh menjadi kuasa dorong yang berkesan memacu seseorang ke arah kejayaan.

"Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)".(2:200)

Daripada ayat di atas menunjukkan kejayaan yang bakal diperoleh bagi orang yang bersabar, merangkumi pelbagai aspek kehidupan, sama ada urusan akhirat atau dunia.

Kepada rakan-rakan yang akan menghadapi LM.. Bersabarlah kita untuk berhadapan dengan guru-guru dan pelajar-pelajar di sekolah nanti.anggaplah ini sebagai cabaran pertama yang perlu kita hadapi..tabah dan tenang dengan pelbagai kerenah yang akan kita tempuh..=) apa yang penting? ikhlas untuk mendidik anak2 bangsa kita..smga berjumpa lagi.. all the best!

1 comment:

  1. salam kak mun..akhirnye jmpa jgak..teruslah bersabar dlm mendidik ank bangsa agama kite..lawati saya..
    http://mumtazahmaridi.blogspot.com/

    ReplyDelete