Friday, March 27, 2009

amalan membaca al-ma'thurat


“Sesungguhnya Rasulullah selalu menyebut-nyebut rahmat Tuhan, dalam satu hadith Qudsi Allah s.w.t berfirman, Wahai anak-anak Adam, (sebutkan)

Zikirkanlah aku selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas solat asar barang sekejap maka aku memadai kepada engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyanglah dhuha sebanyak 8 rakaat. “

Diriwayatkan oleh Hassan R.A

Kelebihan membaca Al Mathurat:

1. Tidak dihampiri syaitan

2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.

3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.

4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.

5. Selamat dari segala sesuatu.

6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.

7. Allah berhak untuk meredhainya

8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.

9. Terhindar daripada syirik.

10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.

11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.

12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.

13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.

14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

1 comment:

  1. salam...

    Mun....

    tq 4 sharing de info

    Nurhidayah Nasharudin
    shah_hidayah86@yahoo.com
    uitm pucak perdana

    ReplyDelete