Surah ini merupakan sebuah surah al Makkiyah yang diturunkan oleh Allah s.w.t memberikan penekanan supaya berbuat baik kepada manusia.
Tujuan utama surah ini diturunkan adalah menerangkan sikap golongan yang mengingkari hari kiamat seperti mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak yatim dan menafikan hak pihak-pihak miskin yang memerlukan bantuan. Surahg ini juga menerangkan sikap manusia yang mengabaikan perintah solat.
Firman Allah s.w.t dalam ayat 1 hingga 7, bermaksud;
[1]Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?
[2]Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
[3]Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
[4](Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -
[5](laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
[6](Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),
[7]Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).
Penjelasan ayat:
Ø Menurut Ibn Kathir dalam tafsirnya, sikap pertama golongan yang menafikan hari pembalasan itu ialah mereka bertindak zalim pada anak-anak yatim. Perbuatan mereka seperti menghalang daripada memberi bantuan kepada anak yatim termasuk menyusahkan mereka.
Ø Ayat yang ketiga menjelaskan golongan yang tidak mempedulikan orang miskin dimana golongan yang tidak memiliki sesuatu yang mencukupi untuk unutk menempung keperluan mereka.
Ø Ayat yang keempat pula menggambarkan kelalaian mereka daripada menunaikan solat. Terdapat tiga bentuk lalai iaitu
· Melaksanakan solat lewat daripada waktunya atau mengerjakan solat di akhir waktu.
· Lalai daripada melakukan solat mengikut ketetapan syarat dan rukun.
· Lalai daripada menghayati kandungan solat atau tidak khusyuk.
Ø Ayat keenam menggambarkan golangan yang mempunyai sifat riyak dan berbangga diri dalam melakukan amal.
“Sesiapa yang memperdengarkan amalnya di hadapan orang, maka Allah akan menjadikan manusia memandang rendah dan menghinakan kerjanya.” Riwayat Ahmad)
Rasulullah pernah ditanya bagaimana seseorang yang melakukan amal secara tersembunyi lalu diketahui juga oleh manusia. Nabi menjawab, “itulah tanda amalannya diterima Allah”( riwayat Ahmad, Muslim, Ibn Majah dll)
Ø Pada akhir surah ini, Allah menginagtkan kita supaya menjauhi sikap mementingkan diri dan bakhil kepada makhluk.
sumber: solusi isu 12
catatan nota matematik versi 2016
8 years ago
No comments:
Post a Comment