Allah subhanahu wata’ala berfirman: “Dan Kami turunkan dalam Al Qur’an ayat-ayat yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman… (QS Al Isra’ (17) : 82)
Alhamdulillah..akhirnya dpt juga rumah sewa untuk latihan mengajar..terima kasih atas doa mak ayah dan sahabat2..3 kali usaha pencarian, akhirnya ALLAH beri petunjuk..kunci utamanya adalah sabar..ada hikmah disebalik kepayahan nk cr rumah sewa..ALLAH lebih mengetahui dr hamba2NYA..mungkin ini yg terbaik untuk saya dan nadia.. Hakikat sabar
Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin rahimahullah berkata "Sabar adalah meneguhkan diri dalam menjalankan ketaatan kepada Allah, menahannya dari perbuatan maksiat kepada Allah, serta menjaganya dari perasaan dan sikap marah dalam menghadapi takdir Allah.." sabar itu terbahagi kepada tiga:
1. bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah
2. bersabar untuk tidak melakukan hal-hal yang diharamkan Allah
3. bersabar dalam menghadapi takdir-takdir Allah yang dialaminya, berupa berbagai hal yang
menyakitkan dan gangguan yang timbul di luar kekuasaan manusia ataupun yang berasal
dari orang lain. (Syarh Tsalatsatul Ushul, 24)
"mereka itulah orang-orang yang dibalas dengan kedudukan-kedudukan tinggi (di syurga) dengan sebab kesabaran mereka" (25:75)
Sabar tangga kejayaan
sifat sabar jika dapat dipimpin dengan baik, tidak mustahil boleh menjadi kuasa dorong yang berkesan memacu seseorang ke arah kejayaan.
"Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)".(2:200)
Daripada ayat di atas menunjukkan kejayaan yang bakal diperoleh bagi orang yang bersabar, merangkumi pelbagai aspek kehidupan, sama ada urusan akhirat atau dunia.
Kepada rakan-rakan yang akan menghadapi LM..Bersabarlah kita untuk berhadapan dengan guru-guru dan pelajar-pelajar di sekolah nanti.anggaplah ini sebagai cabaran pertama yang perlu kita hadapi..tabah dan tenang dengan pelbagai kerenah yang akan kita tempuh..=) apa yang penting? ikhlas untuk mendidik anak2 bangsa kita..smga berjumpa lagi..all the best!
Tgh syok2 study, tiba2 teringat kat mak..mak tgh buat apa ye skrg? dh jmpa mggu lps, tp rasa rindu nk blk lg..mggu lps balik tpg 4 hari..puas jgk la walaupun sat je..kalau dh jmpa mak mcm2 la nk story..lps satu crita satu crita..sambil2 bercerita mak duk pesan mcm2..bila tgk muka mak, mcm2 perasaan ada. mcm mana la mak membesarkan kami 8 beradik, 5 putera dan 3 puteri..penuh dgn kesabaran nk layan kerenah anak2..mak tak pernah mengeluh mendidik dan mengjar kami..tak prnh rasa kurang layanan yg mak dan ayah bagi pada kami..berbuat baiklah kita terhadap ibu bapa..sebagai anak kita ada tanggungjawab yg perlu kita tunaikan untuk mak ayah..antaranya mendoakan kebahagiaan mak ayah dan menjaga maruah mak ayah..mak ayah, akak akan buat yg terbaik untuk mak ayah.."ya Tuhanku, ampunilah dosa2 ku, dosa kedua ibu bapaku..rahmatilah mereka sepertimana mereka mengasihi aku sewaktu kecil"..ameen...
teringat perbualan saya dgn adik miha semasa perjalanan ke shah alam pada 3 minngu lps, miha mulakan bicara dgn menanya soalan kpd saya..
miha: k.mun, kenapa kita buat solat sunat atau ibadah2 sunat yg lain?
saya: untuk menampung solat atau ibadah wajib..
miha: betul..tp tu jawapan skima..=) saya bg satu analogi yg ada kaitan dgn solat sunat dan ibadah sunat..seorg bapa memesan kpd anaknya supaya mengangkat kain jika hujan turun..selepas pulang dr kerja bapa melihat kain sdh tiada di ampaian.lalu bapa masuk ke rumah. bapa mencari kain yg telah diangkat, tp tak jumpa..rupa2nya, si anak td bukan shj telah mengangkat kain, tp telah lipat kain2 tersebut..so, apa perasan bapa apabila anak dia buat mcm tu?
saya: suka dan seronok..
miha: btl..bapa tentu rasa sgt syg pada anknya sbb anak dia buat lbh dr yg disuruh..nk kaitkan dgn ibadah sunat yg kita buat, jika kita buat ibadah-ibadah sunat, ALLAH akn lebih sayang kpd kita..
saya: oo..btl tu..best la analogi tu..
miha: mmg best pun..saya dpt dr us hasrizal..=)
perjalanan diteruskan ke shah alam..saya terpikir ALLAH sgt pemurah kpd hamba2nya..dalam surah al imran ayat 195: "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang Yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya Yang lain; maka orang-orang Yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan Yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga Yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan Yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan Yang terbunuh (gugur Syahid Dalam perang Sabil) - Sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan Sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. dan di sisi Allah jualah pahala Yang sebaik-baiknya (bagi mereka Yang beramal soleh)".
ilmu + taqwa = minda muslim super..formula ni datangnya daripada satu sesi
ceramah yang saya hadiri di uitm shah alam pada 2 minggu lepas..jauh perjalanan nk ke sana..mujur la adik miha bawak kereta.boleh la menumpang..=) ceramah tu disampaikan oleh DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN dtg jauh dari penang..ada dua sesi ceramah, sesi pertama berkenaan dgn ilmu dan sesi kedua bersambung lps makan pagi berkenaan dengan taqwa..apa kaitan ilmu dengan taqwa?
pada awalnya saya pun tak faham..alhamdulillah, di akhir ceramah saya dapat mesej yang diasampaikan oleh penceramah.. saya akan kongsi serba sedikit ilmu yang saya dapat dari sana..
Formula IT untuk kecermerlangan oleh Dr. Danial Zainal Abidin
I untuk ILMU..
mereka yang berjaya amat mementingkan akal justeru mereka menjaga dan membajainya dengan ilmu..nabi adam, sebagai khalifah pertama di muka bumi, diajar dengan pelbagai ilmu terlebih dahulu sebelum dilantik menjadi khalifah..dalam surah al baqarah ayat 31:31. dan Allah telah mengajarkan Nabi Adam, akan Segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan Yang benar".
Imam Ibnu Khathir di dalam Tafsir al-quran Al-Aazim berkata, Allah mengajar Adam tentang setiap perkara sama ada yang berkaitan dengan zat sesuatu benda, sifatnya atau perbuatannya..
Dengan ilmu, karat jahiliah yang terdapat dalam diri seseorang dapat dikikis dan hasilnya ialah insan yang berkualiti. Dalam satu hadith nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan muslim “manusia itu ibarat lombong emas dan perak. Mereka yang baik di masa jahiliah akan menjadi lebih baik dalam islam apabila mereka mempunyai ilmu yang lebih mantap.”Lebih dari itu, ilmu memudahkan perjalanan seseorang ke syurga. Mengikut Imam muslim, nabi bersabda “ sesiapa yang mengikut suatu jalan untuk mendapatkan ilmu, ALLAH mempermudahkan baginya jalan ke syurga.”
T untuk TAKWA
Takwa merupakan kekuatan dalaman yang hebat lagi unik. Takwa bermaksud berhati-hati dalam hidup agar tidak melakukan sesuatu yang haram serta bersungguh-sungguh dalam melaksanakan setiap amal ibadah yang dituntut.Dalam surah Ali Imran ayat 102-103- Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah Dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan Dalam keadaan Islam dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
Apa yang dimaksudkan dengan sebenar-sebenar takwa? Sahabat Abdullah ibn Masud mentafsirkan “sebenar-benar takwa” sebagai melaksanakan taat jangan bermaksiat, sentiasa mengingatiNya jangan alpa dan sentiasa bersyukur jangan kufur.
TAKWA DAN KECEMERLANGAN.
Takwa menjamin kejayaan dan kecemerlangan umat islam. Dalam surah Al-Talaq ayat 2-3 Allah menjelaskan “Barang siapa yang bertakwa kepada ALLAH, Dia akan adakan baginya jalan keluar dan Allah akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya.” Ayat ini jelas menunjukkan bahawa, mereka yang bertakwa akan diilhamkan Allah dengan petunjuk dan petunjuk ini mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Lebih dari itu, takwa juga memurahkan rezeki mereka di dunia. Jelaslah di sini, islam memfokuskan kepentingan dunia dan juga kepentingan akhirat dan islam mahu kedua-duanya dicapai diatas landasan takwa..
1. Solat fardu di awal waktu 2. Solat-solat sunat -solat sunat rawatib -solat tahajjud -solat sunat dhuha -solat sunat taubat -solat witir 3. Bacaan al-quran 4. Puasa sunat isnin dan khamis 5. Zikir harian(MATHURAT) 6. Bacaan al-waqiah selepas subuh dan al-mulk sebelum tidur 7. Wuduk sebelum tidur 8. Pemakanan yang sihat dan elakkan syubhah. 9. Bersukan 10. Tambah ilmu pengetahuan 11. Menghadiri kuliah-kuliah ilmu
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya
Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya Harta itu racun, zakat itu ubatnya Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya
Ya Allah! Bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu dan kurniakanlah akan daku ketaatan kepadaMu dan ketaatan kepada RasulMu serta beramal dengan kitabMu..
HIMPUNAN DOA DI DALAM AL-QURAN
1) Surah Ali 'Imraan,Ayat : 38 " Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kpdku dr sisiMu zuriat keturunan yg baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar(menerima) doa permohonan".
2) Surah Al-Baqarah,Ayat : 250 "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kpd kami, & teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yg kafir"
3) Surah Ali 'Imraan,Ayat : 147 "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa2 kami & perbuatan kami yg melampau dlm urusan kami, & teguhkanlah tapak pendirian kami(dlm perjuangan); & tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yg kafir.
9) Surah An-Naml, Ayat : 19 " Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kpdku & kpd ibu bapaku, & supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yg Engkau redai; & masukkanlah daku - dgn limpah rahmatMu - dlm kumpulan hamba2Mu yg soleh".
10) Surah Al-A'raaf,Ayat :23 "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, & kalau Engkau tidak mengampunkan kami & memberi rahmat kpd kami, nescaya menjadilah kami dr orang2 yg rugi".
11) Surah Al-A'raaf,Ayat : 151 "Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku & bagi saudaraku, & masukkanlah kami ke dlm rahmatMu, kerana Engkaulah shj Yg Maha Mengasihani dr segala yg lain mengasihani".
12) Surah Hud,Ayat : 47
"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kpdMu drpd memohon sesuatu yg aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; & jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, & memberi rahmat kpdku, nescaya menjadilah aku dr orang yg rugi".
13) Surah Ibrahim,Ayat : 40 "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"
14) Surah Al-Mu'minun,Ayat : 109 “Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat”.
15) Surah Al-Mu'minun,Ayat :118 "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!"
16) Surah Al-Hasyr,Ayat : 10 "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu".
17) Surah Al-Mumtahanah,Ayat : 4~5 "Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembai. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
18) Surah At-Tahriim,Ayat : 8 "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
19) Surah Nuh,Ayat : 28 "Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!"
20) Surah Al-Anbiyaa',Ayat : 89 "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".
21) Surah Al-Baqarah,Ayat : 286 "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
22) Surah Al-Anbiyaa',Ayat : 83 "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".
23) Surah Az-Zukhruf,Ayat: 13~14 " Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!"
24) Surah Al-Kahf ,Ayat: 10 "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".
25) Surah Al-Anbiyaa',Ayat : 87 "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".
26) Surah Al-Baqarah,Ayat :127 "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui; Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”.
27) Surah Al-Israa',Ayat : 80 "Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku".
28) Surah Taha,Ayat : 25~28 "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;"Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;"Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,"Supaya mereka faham perkataanku”.
29) Surah Al-Mu'minun,Ayat : 97~98 "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan."Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku".
30) Surah Al-Ahqaaf ,Ayat : 15 "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".
31) Surah Al-Furqaan,Ayat :74 "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa”.
32) Surah Al-Furqaan,Ayat : 65 “Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan.”