Monday, December 21, 2009

4.44 p.m-21.12.09

Alhamdulillah...penantianku berakhir...=)

21.12.09, Seawal jam 8 pagi aku dh berada depan laptop.aku semangat nk buka website KPM (http://www.moe.gov.my/). salah satu website yang kerap aku buka untuk beberapa minggu yang lepas.hampir setiap hari aku buka.tapi jawapannya tetap sama..tiada perkembangan terkini..huhu..tapi aku tetap sabar menununggu...

Jam menunujukkan tepat jam 9 pagi.debaran semakin terasa..seperti biasa website KPM menjadi pilihan.aku dan kawan2 yang belum tahu tempat untuk posting memang excited sangat nak buka website kpm pagi tu.mak dan ayah pun excited jugak nk tahu anak dia ni dapat mengajar kat mana.hehe.21.12.09 tairkh yg fatni inform minggu lepas. result posting akan keluar..tapi still xada perkembangan terbaru. tiada berita tentang posting...tertipu lagi ke?huhu...

Buka FB pulak nk tahu perkembangan terbaru kawan2 yang lain. jeles jugak bila dapat tahu ada kawan2 yang dh tahu dapat mana.ada yang dapat johor, selangor dan KL..mereka dapat tahu awal lagi.. sejak minggu lepas lagi dah boleh semak nama kat JPN. cek jugak kat JPN Perak tapi nama xada.ada jugak yg dah dapat surat..huhu..

Malas dah nk tunggu depan laptop. sambung buat kerja2 rumah la pulak..rasa susah hati jugak. terpikir2 jugak kalau tak dapat posting.pujuk hati.insyaALLAH,dapat. rezeki tu kan dari ALLAH..

"kak, dapat mana? "adik pun sibuk jugak nk tahu saya dapat mana..

"tak tau lagi.." dengan nada sedih.huhu
Tiba2 teringat kat fatni. fatni banyak tolong saya dan kawan2 pasal posting ni.dia turun naik ke KPM..TERIMA KASIH, FATNI..moga Allah membalas jasamu..mesej fatni nak bg tahu dia result xade lagi kat website. dia seperti biasa mesti reply mesej walaupun saya rasa dia sibuk dengan kerja2 lain. dia bagi no. telefon KPM bahagian sek. men. katanya boleh semak nama kat bahagian tu. saya foward mesej tu pada sahabat saya, nani..tapi saya tak cuba call pun..bila buka FB, dapat tahu nani dapat matrik.dapat mengajar kat matrik.memang terkejut jugak.tak jangka akan ada yang dapat matrik. rupa2nya ramai yang dapat matrik. seronoknya..mesti mereka rasa lega dah tahu dapat posting.

"telefon la kpm".. dr awal lagi mak suruh telefon kpm

"akak nk tunggu posmen dulu. kalau xade surat br nk telefon."
Sejak dari minggu lepas lagi, hari2 tunggu posmen..selalunya posmen akan datang pukul 2 ke atas. tunggu punya tunggu, akhirnya sampai jugak abg posmen..orang yang paling excited nk tahu , adik yang bongsu.dia kalut nk p tengok surat..

"kak, xade surat.."

"xpe la.jap lg akak call kpm."

banyak kali cuba call KPM tapi tak dapat. line busy sgt. mesti ramai yang cuba call..cuba lagi..still tak dapt jugak..huhu..

Rehat jap la. sambung baca buku Nota Hati Seorang Lelaki.ada sikit lagi nk habis..=)

Tiba2 rasa nk try sekali lg. ikut gerak hati nk cuba call sekali lagi. alhamdulillah, dapat.panggilan dijawab oleh seorang perempuan.kerani agaknya. seronok sgt..dia minta no ic untuk buat semakan. gagap jugak la time tu.berdebar2 la katakan..hehe.

"munirah bt. azizi" soal kerani tu.
"ya"..

"ok. awak dapat SBP. sekolah berasrama penuh.."
"ok.terima kasih.." masa ni tengah senyum sampai ke telinga..hehe

syukur sgt2 dh dapat. insan pertama yg tahu berita gembira ni, mak..satu ciuman untuk mak.mmmuah!=)

akhirnya, dapat jugak..gembira sgt2. dh berminggu2 sabar menunggu.akhirnya terjawab jugak penantian selama beberapa bulan yang lalu..

teringat satu ungkapan oleh seorang lecturer masa kt UM dulu..

"nak jadi cikgu.nk jadi cikgu"..
ungkapan ni selalu sangat dia ulang2 dalam kelas dulu.. sekarang ni memang seronok sangat dapat jd cikgu.moga keseronokan hari ni nk jadi cikgu berkekalan sampai bila2.tak akan pudar.cabaran mendatang lebih hebat.moga diberi kekuatan untuk menghadapinya.

Kapada kawan2 yang berjaya dapat posting, tahniah2!. didiklah dengan penuh rasa ikhlas kerana ALLAH. moga terus tabah dan sabar dalam mendidik.dimana kita berada, itulah yang terbaik untuk kita.Allah dh tentukan apa yang terbaik untuk kita dan perancangan ALLAH itu lebih tepat..didiklah mereka supaya menjadi anak2 yang cinta dan dapat berbakti kepada AGAMA, BANGSA dan NEGARA...selamat mengajar kawan2ku.selamat menambah ilmu dan selamat berjuang dunia dan akhirat.
akhirnya, penantianku berakhir pada 21.12.09 jam 4.44 p.m..alhamdulillah..=)

"boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."(2:216)



3 comments:

  1. Alhamdulillah.. penantian kita sudah berakhir... semoga kita dapat melaksanakan tugas pendidik dengan ikhlas.. dan yg penting kerana Allah... Thanks Mun 4 everything.. hope kita berkawan smpai bila2.. ;))

    ReplyDelete
  2. Hihi..teringat hari tu.kita masing2 dh down sbb xdpt2 lg tmpat posting. tp mujur cebisan2 iman masih ada mengingatkn kita tntg kasih syg Allah kan?

    "akan ada khabar gembira bagi orang2 yg sabar"

    Alhamdulillah, janji Allah itu pasti!

    All d best cik mun. SMK Sains Tuanku Jaafar kat n9 tu mmg memerlukan hang.

    Bila ditengok2 balik penempatan kita yg merata tempat ni, terlihat akan Kebijaksanaan DIA mengatur hidup kita. Peluang utk kembangkn DNT dgn lebih luas lagi i'Allah..

    BitTaufiQ wanNajah!

    ReplyDelete
  3. tahniah k.mun..! di mana pn k.mun berada, doa mha sntiasa mengiringi akak..

    moga di permudahkans segalanya..

    luv u lillahi ta'ala..

    ReplyDelete