Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu (2:233)
Islam menggalakkan supaya bayi yang baru lahir diberikan susu ibu sejak daripada hari pertama mereka dilahirkan...kajian telah membuktikan susu ibu mempunyai kelebihan berbanding susu formula yang mudah kita dapati di pasaran kini.
Islam menggalakkan supaya bayi yang baru lahir diberikan susu ibu sejak daripada hari pertama mereka dilahirkan...kajian telah membuktikan susu ibu mempunyai kelebihan berbanding susu formula yang mudah kita dapati di pasaran kini.
Mungkin ramai diantara kita yang telah mengetahui kelebihan susu ibu. daripada hasil pembacaan, saya ingin berkongsi dengan lebih mendalam mengenai kelebihan susu ibu ini berbanding susu formula yang lain.
Sebaik sahaja bayi dilahirkan payu dara mula mengeluarkan susu pertama yang kekuningan atau dikenali sebagai kolostrum. apa khasiatnya?
kandungan prioteinnya adalah tiga kali ganda melebihi susu biasa.
Apa pula pentingnya kolostrum ini pada bayi?
Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit birit, selesema dan radang paru-paru..sunhanallah..hebatnya ciptaan ALLAH ini..
Tahukah kita susu ibu mengandungi bahan anti kuman?
macrophages diantara jenis anti kuman yang bertindak membunuh bakteria, kulat dan virus serta mendapat ketahanan daripada pelbagai penyakit seperti campak, radang paru-paru, radang pernafasan, jangkitan kuman, influenza dan jangkitan telinga. 80% daripada sel yang terdapat daripada susu ibu adalah macrophages.
Anda mungkin pernah dengar singkatan nama DHA atau docosahexaenoic acid.kalau kita lihat iklan-iklan di tv yang mempromosikan susu formula, kebanyakannya akan menekankan kelebihan susu yang ada DHA.
Kenapa penting DHA pada bayi?
DHA atau docosahexaenoic acid merupakan sejenis asid lemak yang terdapat di dalam susu ibu yang dapat memberikan peningkatan tahap akademik bagi kanak-kanak.
Susu ibu juga mengandungi satu lagi jenis nutrein yang penting untuk bayi iaitu arachidonic acid atau AA. Mengikut satu kajian, bayi-bayi yang memperolehi DHA dan AA secara serentak lebih cemerlang di sudut memori, lebih mampu menyelesaikan masalah serta lebih mampu menguasai bahasa berbanding mereka yang hanya memperoleh DHA ataupun AA sahaja. Tekonologi moden cuba meniru dan merumus susu formula supaya menyamai susu ibu. Namun khasiat susu ibu tidak dapat ditandingi sehingga kini.
FAEDAH SUSU IBU...
1. dapat mengatasi masalah perut kembung sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya hingga ke usia tiga bulan. kandungan bifudus factor yang membantu bakteris istimewa Lactobacillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan kembung perut dan cirit-birit.
2. susu ibu tersedia bila-bila masa dan sentiasa steril. susu tepung kan masam selepas beberapa jam tetapi susu ibu tidak akan rosak walaupu bayi tidak disusui beberapa hari.
3. susu ibu meningkatkan kecerdasan otak bayi. mengikut kajian, bayi yang menyusu badan, kecerdasan IQ mereka mampu mencecah tahap tujuh hingga sepuluh mata melebihi IQ biasa.
4. Kajian dari Holland menunjukkan susu ibu yang mengandungi DHA dan AA yang tidak diperoleh dari susu tiruan berguna bagi pertumbuhan sistem otak dan saraf.
5. Susu ibu dapat mencegah kanak-kanak daripada menghidap penyakit xeroftalmia atau rabun malam.
6. Kajian di Finland menunjukkan penyusuan susu ibu melindungi bayi daripada sebarang alahan sepanjang zaman kanak-kanak hingga ke tahap umur dewasa. 65% kanak-kanak yang tidak disusui ibunya mengalami alergi pernafasan pada usia 17 tahun.
7. Kajian di Bangladesh pula mendapati penyusuan susu ibu mengurangkan 70% risiko terkena serangan taun yang serius. ini menunjukkan susu ibu melindungi bayi daripada serangan taun..
8. Bayi yang disusui ibunya secara eksklusif sekurang-kurangnya 4 bulan jarang dijangkiti penyakit jangkitan dalam telinga berbanding mereka tidak disusui ibunya.
FAEDAH PENYUSUAN BAGI WANITA
1. Sebenarnya dengan memberikan susu badan dibantu dengan sedikit senaman si ibu dapat melangsingkan badannya semula dengan segera. sebabnya adalah sewaktu mengandung rahim ibu membesar 20 kali ganda daripada biasa dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali kepada bentuk asalnya. dengan menyusu bayi, badan akan megeluarkan hormon tertentu yang membantu rahim mengecut dengan lebih cepat sekali gus mengembalikan bentuk badan kepada bentuk asal.
2. Penyusuan ibu selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid dan mencegah kehamilan. 98% kehamilan dapat dielakkan apabila wanita mengadakan hubungan dengan suami.
3. Penyusuan juga dapat mencegah penyakit kanser. ibu yang memberi susu badan kepada bayi berisiko rendah untuk mengidap kanser payu dara.
4. penyusuan juga dapat menyerlahkan naluri keibuan serta mengukuhkan kasih sayang antara ibu dengan anak. ini kerana sewaktu penyusuaa dilakukan, bau, sentuhan dan wajah si ibu akan terakam dalam ingatan bayi yang masih kecil. ia dapat membantu bayi mengenali ibu di samping dapat merasakan kehangatan kasih si ibu.
MASIH RELEVENKAH PENYUSUAN DUA TAHUN?
Dalam surah Lukman ayat 14, Allah menjelaskan ;
dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan(ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) (31:14)
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu (2:233)
Kenyataan Al-Quran ini releven dengan dunia moden pada hari ini. Persatuan Bnagsa-Bangsa Bersatu menegaskan,
"Penemuan terkini menunjukkan pemberian susu ibu sepenuhnya selama enam bulan adalah cara pemberian terbaik untuk bayi. selepas itu, bayi-bayi perlu diberikan makanan yang terbaik untuk bayi namun pemberian susu ibu mesti diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun ataupun lebih."
Dalam satu kenyataan lain,
"kebaikan penyusuan ibu semasa bayi sedang melalui proses pertumbuhan yang kritikal iaitu dua tahun pertama selepas kelahiran, memang tidak dapat dinafikan lagi. terdapat pelbagai risiko yang boleh menimpa bayi apabila tidak diberikan susuan badan antaranya mengalami cirit-birit, jangkitan pada saluran pernafasan, jangkitan telinga dan kerencatan pertumbuhan mental."
Gabungan Pertubuhan Kesihatan Amerika
p/s: post kali ini ditujukan khas kepada bakal-bakal ibu. moga ia bermanfaat untuk kita semua. jadi yang mana pilihan anda?=)
sumber: Quran Saintifik karangan Dr. Danial Zainal Abidin
sumber: Quran Saintifik karangan Dr. Danial Zainal Abidin
salam,melalui pengalamn saya mnyusukan anak2 dgn susu sendiri dan tidak mncampurkan dgn susu lembu selama 2 thn dan trlebih 3 bln itu amat saya syukuri dan saya bertrimakasih kerana suami saya mnggalakkan saya mnyusukan anak2 agar tidak mudah mndpt jangkitan trutamanya jangkitan paru2 dan boleh mnyebabkan athma/semput kerana badan tidak kuat dlm melawan penyakt walaupun penyakit yg ringan sahaja spt selsema dan demam ringan....
ReplyDeleteBakal2 ibu dan ibu2 yg sedang mngandung dan tidak tahu apakah cara trbaik utk memastikan anak2 yg kita lahirkan adalah anak2 yg sihat dan bijak...
Pemakanan tambahan seperti iron folic,calcium mgnesium,daily,B complex,vitamin C dan lain2 adalah amat penting diambil oleh ibu2/isteri yg merancang kehamilan dan ia perlu diambil sebelum 6 bulan mngandung...
Dan jika telah hamil,pengambilan trsebut harus dihentikan utk sementara waktu agr tidak mngganggu proses diawal kehamilan.......
Dan jgn lupa moral support dan sentuhan kasihsayang dari suami amat perlu diambilkira kerana emosi siibu akan mempengaruhi tumbesaran janin trsebut...pembacaan Al Quran dan bahan2 bacaan yg berbentuk ilmu akhirat dan dunia juga perlu dibaca oleh siibu yg hamil....siibu juga harus kelihatan sentiasa bersih dan mandi sekurang2nya 3x sehari...dari segi pemakaian,pakai baju yg seap peluh spt cotton dan pakaian yg longgar sedikit dan tidak trlalu ketat...
satu saja y saya nk pesan melalui pengalaman ketika hamil,jgn lupa pada Allah walau kita dlm keadaan tidak sedap badan spt asik nk muntah2,badan tidak bermaya dsbnya,jgn ringankan tentang solat kerana bila kita brsolat itu ibaratnya kita sedang berhadapan dgn Allah dan sedang bercerita dgnNYA...dan selalu2lah mnghadapNY jika inginkan pandangan cinta dariNYA....
Inilah serba sedikit pengalaman ketika saya mngandung dan selepas melahirkan...ingt semua,susu ibu adalah yg TERBAIK..!!